Categories
Berita Semasa

IOF serang para petani Palestin di Gaza

Jumaat, 08-04-2022 –Tentera rejim zionis (IOF) menyerang para petani Palestin pada pagi Isnin ketika mereka berada di kawasan pertanian di Semenanjung Gaza.

Menurut sumber tempatan, IOF melancarkan tembakan dan gas pemedih mata ketika mereka cuba pergi ke sebidang tanah di timur Deir al-Balah, Gaza tengah.

Tiada yang dilaporkan cedera dalam serangan itu, tetapi tahap serangan adalah serius sehingga memaksa para petani meninggalkan kawasan itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen al-Quds mengakhiri penyertaan dalam sesi IPS di Indonesia

Jumaat, 08-04-2022 – Delegasi Liga Ahli Parlimen Al-Quds telah menyempurnakan penyertaannya dalam sesi ke-144 Kesatuan Antara Parlimen di wilayah Bali Indonesia pada hari Isnin.

Delegasi yang diketuai oleh Sheikh Hamid bin Abdullah Al-Ahmar termasuk timbalannya, Fadli Zun, pengurus besar, Muhammad Makram Balawi, dan ketua jabatan perhubungan, Abdullah Al-Beltagy.

Liga ahli parlimen Al-Quds sebahagian besarnya membincangkan untuk menjadi ahli pemerhati parlimen antarabangsa. Perbincangan termasuk susulan permohonan keahlian pemerhati, memperkenalkan Liga, dan mengenali delegasi lain.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Tahanan Penjara Palestin Al-Awawdeh Mogok Lapar 32 Hari

Jumaat, 08-04-2022 – Puak tindakan kebangsaan, Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan, Kelab Banduan Palestin, dan jawatankuasa keluarga banduan mengadakan perhimpunan sebagai solidariti kepada banduan Khalil Awawdeh di pusat bandar Khalil pada hari Isnin.

Khalil Awawdeh telah melancarkan mogok lapar selama 32 hari berturut-turut. Isteri Awawdeh, Dalal, berkata peguam memaklumkan kepada keluarganya selepas melawat Awawdeh pada Ahad bahawa dia mengalami penurunan berat badan dan sakit kepala yang teruk.

“Al-Awawdeh telah kehilangan lebih 8 kilogram berat badannya. Dia mengalami pening, tidak dapat menumpukan perhatian, sakit sendi, dan loya. Kami berdiri dalam solidariti terhadap banduan Al Awawdeh dan semua banduan yang sakit dan berusia,” kata Pengarah Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Belas Tahanan, Ibrahim Najajrah.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Puluhan Warga Palestin Cedera Dalam Serangan Rejim Zionis di Tebing Barat

Selasa, 05-04-2022 – Puluhan rakyat Palestin cedera ketika pertempuran dengan Rejim Zionis berhampiran tembok pemisah di barat Tulkarem pada hari Khamis.

Menurut sumber setempat, rejim itu melepaskan peluru hidup dan peluru getah ke arah pemuda tempatan dan menghujani mereka dengan gas pemedih mata semasa pertempuran di sekitar kawasan kilang Israel berhampiran tembok pemisah.

Seorang pemuda dilaporkan mengalami kecederaan akibat ditembak dan berpuluh-puluh lagi
cedera akibat terhidu gas pemedih mata ketika kejadian itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Bot bersenjata Israel melepaskan tembakan ke arah nelayan-nelayan Palestin

Selasa, 05-04-2022 – Bot bersenjata Israel melepaskan tembakan kepada para nelayan Palestin ketika berada di perairan utara dan selatan Semenanjung Gaza pada pagi Khamis.

Sumber tempatan menyatakan, bot-bot itu mengejar bot nelayan Palestin dan melepaskan tembakan ke arah mereka.Mereka menambah bahawa bot-bot itu turut menggunakan meriam air untuk menembak dan memaksa mereka kembali ke daratan. 

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Mishaal: Penentang sedia ulangi ‘Pedang Baitulmuqaddis’

Selasa, 05-04-2022 – Ketua biro politik asing Hamas Khaled Mishaal telah memberi amaran bahawa “penentangan Palestin masih berada di tangan pencetusnya dan bersedia untuk mengulangi pertempuran Pedang Baitulmuqaddis.”

“Kami tidak mencari perang lagi, tetapi kami tidak boleh menyerahkan tanah kami, Baitulmuqaddis dan tapak suci,” kata Mishaal dalam satu simposium dalam talian yang diadakan pada petang hari Khamis di bawah tema “Penolakan Berterusan.”

“Ramadan akan datang akan menjadi musim yang sukar dan hari-harinya akan penuh dengan kejutan kerana musuh berusaha untuk mengenakan ketenangan percuma sambil berterusan dalam pencerobohan demi pencerobohan [Masjid al-Aqsa],” tambah pegawai Hamas itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Para pendatang membakar empat kereta warga Palestin di kampung Tebing Barat

Jumaat, 01-04-2022 – Sekumpulan pendatang Yahudi menyelinap pada subuh Isnin ke kampung Jalud, selatan Nablus dan membakar empat kereta warga Palestin.

Menurut pegawai tempatan Ghassan Daghlas, para pendatang dari penempatan haram Adei Ad membakar empat kereta milik penduduk Jalud.

Semua kereta musnah sepenuhnya dalam serangan itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Peneroka Rosakkan Tayar, Dinding di bandar Tebing Barat

Jumaat, 01-04-2022 – Sekumpulan peneroka pelampau Yahudi membocorkan tayar beberapa kenderaan penduduk Palestin dan menyimbah cat serta mencemari harta benda di bandar Turmus Ayya, utara Ramallah di Tebing Barat pada hari Isnin.

Menurut sumber keselamatan setempat, peneroka memotong tayar beberapa kereta dan menyembur catan grafiti berunsur kebencian di dinding beberapa rumah di bandar itu. Awal hari ini, para peneroka menurunkan empat buah kereta di kampung Jalud, selatan Nablus. Mereka juga melancarkan serangan membaling batu pada waktu malam ke atas kereta yang melalui jalan raya menuju ke Nablus.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

22 warga Palestin cedera dalam pertelingkahan di Qalandia

Selasa, 29-03-2022 – Pertelingkahan ganas yang tercetus di antara pemuda Palestin dan polis rejim di kemasukan kem pelarian Qalandia, utara Baitulmuqaddis pada petang Selasa.

Sumber tempatan menyatakan yang 22 warga Palestin telah cedera ketika pertelingkahan itu.

Pertelingkahan itu berlaku apabila rejim Israel menutup pos pemeriksaan ketenteraan di pintu masuk kem, dan menghadkan pergerakan penduduk tempatan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

110 Peneroka Yahudi Serbu Masjid Al-Aqsa

Selasa, 29-03-2022 – 110 peneroka Yahudi, di bawah kawalan ketat pasukan polis menyerbu masuk Masjid Al-Aqsa pada pagi Rabu.

Sumber setempat mengesahkan bahawa sekumpulan besar peneroka memecah masuk ke dalam masjid melalui Pintu Maghariba dan mengelilingi lamannya. Ketika mereka di laman suci Islam itu, para peneroka mendengar ceramah dari rabbi mengenai Temple Mount dan sebilangan dari mereka melakukan sembahyang Talmud.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar



Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis tahan berpuluh warga Palestin di Tebing Barat, Baitulmuqaddis

Selasa, 29-03-2022 – Rejim Zionis melancarkan kempen serbuan dan tangkapan besar-besaran di seluruh Tebing Barat dan Baitulmaqdis, menangkap 40 orang rakyat Palestin, pada waktu subuh hari Rabu.

Di Baitulmaqdis yang diduduki, pasukan polis Israel menangkap 14 orang rakyat Palestin di bandar Abu Dis, manakala dua orang kanak-kanak lelaki diculik di Silwan. Di Nablus, polis rejim menahan dua orang pelajar perempuan di Universiti Kebangsaan An-Najah.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Sheikh Yassin menulis epik perjuangan semasa hidupnya

Khamis, 24-03-2022 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya mengingatkan pada hari Selasa akan prinsip yang Sheikh Ahmed Yassin, pemimpin pengasas Hamas, telah wujudkan semasa hidupnya dan warisan penentangan yang ditinggalkan kepada rakyatnya selepas kematiannya.

“Sheikh Ahmed Yassin, pengasas, menulis epik perjuangan semasa hidupnya dan syahid, dan dia menjelmakan dalam hidupnya kehebatan yang teguh dan mengakhirinya dengan kesyahidan yang mengagumkan,” kata Haneyya pada ulang tahun ke-18 kematian Sheikh Yassin.

“Syeikh Yassin mengangkat panji-panji penentangan dan perjuangan yang berteraskan akidah dan pendekatan pendidikan yang unik.  Dia juga mengasaskan generasi beragama yang telah membawa Al-Quran dan senjata; dan memerangi pencerobohan di setiap arena dan di setiap bahagian,” tambah ketua politik Hamas itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan


Categories
Berita Semasa

Empat Rakyat Israel Terbunuh, Sebilangan Cedera Dalam Kejadian di Beersheba

Khamis, 24-03-2022 – Empat rakyat Israel terbunuh dalam kejadian tikaman dan rempuhan kereta yang dilakukan oleh seorang pemuda Palestin di bandar Beersheba, selatan Palestin pada hari Selasa.

Menurut sumber perubatan Israel, seramai tiga orang rakyatnya telah mati ditikam. Mangsa keempat yang menunggang basikal telah dilanggar kereta dipandu pemuda yang sama.

Kejadian berlaku di sebuah pusat membeli belah. Laporan berita awal mengatakan bahawa pemuda itu adalah bekas tahanan bernama Mohamed Abul-Qi’aan dari bandar Hura di Negev. Dia telah ditembak mati oleh seorang pejalan kaki yang bersenjata.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin seru agar tindakan protes mereka disokong

Khamis, 24-03-2022 – Jawatankuasa Tinggi Kecemasan untuk Tahanan Palestin di penjara Israel menyeru rakyat Palestin agar menyokong tindakan protes mereka yang akan dilaksanakan bermula 25 Mac.

Jawatankuasa itu menekankan, dalam kenyataan pada Isnin, niat para tahanan adalah untuk mogok lapar secara bersama dan tanpa tempoh bermula dari 25 Mac bagi membantah hukuman yang dikenakan oleh Israel.

Jawatankuasa itu turut menyeru rakyat Palestin agar bangkit menyokong perjuangan para tahanan menentang keganasan Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati


Categories
Berita Semasa

Penduduk Jerusalem Mogok Duduk Tentang Pemusnahan Rumah

Rabu, 23-03-2022 – Puluhan rakyat Palestin dari kejiranan Jerusalem di timur Jabel Mukaber mengambil bahagian dalam mogok duduk menentang pemusnahan rumah yang diadakan di luar ibu pejabat perbandaran Israel di kota suci itu pada hari Ahad.

Para peserta melaungkan slogan mengutuk amalan “perkauman” Israel terhadap mereka khususnya dan rakan senegara mereka di kawasan lain di kota suci itu amnya. Mereka membawa sepanduk dalam bahasa Arab dan Ibrani yang menyeru agar menghentikan pemusnahan rumah di Jerusalem dan berikrar untuk kekal teguh di tanah mereka.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar