Jumaat , 12-04-2019 - Pihak Berkuasa Mesir membebaskan empat orang nelayan palestin pada petang Ahad, 7 April 2019 setelah mereka ditahan baru-baru ini di perairan Rafah antara Semenanjung Gaza dan Mesir.
Nelayan yang dibebaskan tersebut tiba di Gaza melalui pintu masuk sempadan Rafah dan disambut secara rasmi oleh Menteri Dalam Negeri. Tentera laut Mesir telah menahan nelayan tersebut hampir seminggu lalu dan mencederakan salah seorang daripadanya semasa mereka berada di perairan selatan selat Gaza.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Selasa , 09-04-2019 – Pada hari Ahad yang lepas, rejim Zionis telah melepaskan tembakan rambang kepada petani-petani Palestin di beberapa lokasi berbeza di dalam kepungan Semenanjung Gaza. Manakala askar laut negara haram Israel pulak melepaskan tembakan kearah nelayan yang sedang menjalankan kerja-kerja menangkap ikan.
Sumber tempatan melaporkan, askar laut negara haram Israel telah melepaskan tembakan kearah bot nelayan yang berlepas dari pantai utara Semenanjung Gaza.
Mereka berkata, askar negara haram Israel juga telah melepaskan tembakan rambang kearah petani dan penggembala yang bekerja di kawasan sempadan tengah dan selatan semenanjung Gaza.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : hanafi
Selasa , 09-04-2019 – Mahkamah Israel pada hari Ahad menjatuhkan hukuman ke atas tiga nelayan Palestin dengan beberapa tahun penjara atas tuduhan yang berbeza.Menurut saluran satelit Ibrani, mahkamah di Beersheba menjatuhkan hukuman ke atas dua nelayan Gazan kepada lapan dan 13 tahun penjara atas tuduhan penyeludupan bahan letupan ke Gaza.
Seorang nelayan juga turut dituduh bercadang meletupkan bom tangan dan memerhatikan sempadan maritim dengan Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada
Selasa , 09-04-2019 – Pegawai dari penjara Israel (IPS) dan unit perisikan pada Ahad membuat rundingan dengan ketua para tahanan beberapa setelah kempen mogok lapar bermula untuk menggesa IPS menunaikan tuntutan mereka.
Menurut media Hebrew, satu pasukan rundingan yang terdiri daripada IPS dan pegawai perisikan telah dihantar ke beberapa penjara untuk berunding dengan para pemimpin Hamas dan Jihad Islami bagi menghentikan mogok lapar sebagai pertukaran menunaikan tuntutan mereka.
Perbincangan antara penjara dan tahanan bermula tentang hal alat penghalang siaran telefon bimbit yang dipasang baru-baru ini di penjara dan juga ketika lawatan keluarga.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Selasa , 09-04-2019 – Sekumpulan pendatang haram Yahudi bertindak menyerang pengembala warga Palestin berdekatan Tubas, utara Lembah Jordan. Sumber tempatan berkata kepada PIC, pendatang Yahudi mengancam pengembala agar tidak mendekati kawasan berhampiran al-Suwayda, dimana mereka merancang mahu membina penempatan baru, keluar lebih jauh dari kawasan sedia ada.
Pendatang Yahudi tersebut memaksa pengembala meninggalkan lereng bukit Khirbet Ebziq yang diambil oleh rejim Israel dengan menandakannya sebagai kawasan rezab alam semulajadi dan bintang ternakan dilarang meragut di situ.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainuddin
Isnin , 08-04-2019 - Seorang pemuda Palestin terkorban dan dua yang lain cedera parah, sebelum mereka ditangkap oleh pasukan penjajah Zionis, pada Rabu (3/4/2019) malam. Kejadian berlaku ketika mereka berusaha menyelinap melalui pagar sempadan yang memisahkan wilayah selatan Semenanjung Gaza dengan wilayah yang diduduki penjajah Israel sejak tahun 1948.
Menurut sumber-sumber media Israel, pemuda Palestin yang meninggal dunia dalam operasi militan di sempadan Gaza berada di sebuah hospital Israel di wilayah selatan Palestin yang diduduki Israel sejak tahun 1948, sementara dua lainnya cedera parah. Pasukan penjajah Israel pada Rabu malam mengumumkan, pihaknya telah menangkap tiga warga Palestin setelah mereka ditembak berdekatan pagar pemisah antara Semenanjung Gaza dan wilayah Palestin yang diduduki sejak 1948.
Jurucakap pasukan penjajah Israel, Avichai Adrei, mengatakan, “Pasukan militan Israel menembak tiga orang Palestin yang ‘menyelinap’ dari selatan Semenanjung Gaza.” Dia mendakwa bahawa pasukannya menemui pisau di tangan ketiga-tiga orang yang ditangkap tersebut. Dia menyatakan bahawa ketiga-tiganya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Isnin , 08-04-2019 – Pada awal pagi rabu yang lalu, rejim Zionis telah membuat serbuan di rumah-rumah di genting Gaza. Hasil dari serbuan tersebut, mereka telah menangkap beberapa orang Palestin.
Sumber tempatan berkata kepada wartawan PIC, rejim Zionis telah menyerbu Jenin dengan mencari beberapa buah rumah. Mereka juga telah mengusir lebih kurang 3,200 NIS dan menahan seorang bekas banduan penjara.
Sumber itu berkata, bandar Jaba’ yang terletak di selatan Jenin telah menyaksikan pertempuran diantara askar rejim Zionis dan pemuda-pemuda Palestin.
Sementara itu di Salfit, rejim zionis telah menyerang bandar al-Zawiya dengan menyasarkan keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan Omar Abu Laila – sorang lelaki Palestin yang mati Syahid. Tiga lagi telah ditahan di Ramallah dan yang seorang telah di tahan di al-Khalil didalam serangan yang sama.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : hanafi
Isnin , 08-04-2019 – Rejim zionis Israel menghalang bapa seorang tahanan yang berasal dari kem pelarian Jenin dari melawat anaknya yang ditahan di penjara Gilboa. Menurut kata bapa kepada tahanan Qassam Jabbareen, anggota tentera rejim yang bertugas di pondok kawalan di Jenin tidak membenarkan beliau melalui pos kawalan untuk melawat anaknya di penjara.
Tambah beliau lagi, pegawai Israel di pos kawalan itu memberitahunya bahawa ahli keluarga tidak dibenarkan melawat, walaupun beliau telah mendapat permit untuk melawat yang diperolehi dari Pertubuhan Palang Merah.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Isnin , 08-04-2019 – Kesatuan Ulama Antarabangsa (IUMS) pada Selasa menggesa negara Muslim agar menyokong Masjid Aqsa dan Semenanjung Gaza.
“Masjid Aqsa terdedah kepada bahaya dan ini boleh mengancam Masjid al –Haram dan rakyatnya,” IUMS berkata dalam satu kenyataan, memberi amaran tentang kesan mengabaikan Masjid Aqsa.
Ia menyeru sokongan terhadap Masjid Aqsa dari segi kewangan serta melalui kempen media social untuk meningkatkan kesedaran negara Muslim tentang bahaya yang mengancam masjid itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Khamis , 04-04-2019 – Didalam kenyataan rasmi Hamas, lawatan tersebut bukan sahaja telah menyanggah tindakan negara Brazil yang telah lama menyokong usaha pembebasan Palestin dari negara haram Israel, tetapi ia juga telah melanggar norma antarabangsa kerana lawatan tersebut seakan-akan memberi penghargaan kepada negara haram Israel.
Hamas secara umumnya mengecam lawatan Bolsonaro ke kota suci Baitulmaqdis dan tembok meratap (Buraq Wall) diiringi perdana menteri negara haram Israel – Benjamin Netanyahu. Hamas juga mengeji rancangan Brazil untuk menempatkan pejabat perdagangan di Baitulmaqdis. Hamas memberi amaran kepada Brazil untuk menarik balik polisi yang tidak melambangkan kestabilan dan keselamatan rantau itu dan mengugut hubungan Brazil bersama negara Arab dan Islam yang lain.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : hanafi
Khamis , 04-04-2019 – Israel dengan menggunakan jentolak milik Majlis Perbandaran Baitulmuqaddis bertindak meroboh sebuah kandang Biri-Biri kepunyaan warga Palestin di kem pelarian Shu’fat, Baitulmuqaddis.
Menurut kata pemilik ladang, Musa Isa jentolak rejim memusnahkan bangunan miliknya yang berkeluasan 40 meter persegi atas alasan dibina tanpa kebenaran. Pihak rejim turut mengarahkan beliau merobohkan kadang Kuda yang terletak di kawasan sama dengan memberi tempoh sehingga hari Selasa depan. Jika tidak, pihak rejim akan merobohkannya dan beliau dikehendaki membayar denda.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Khamis , 04-04-2019 - Surat khabar Haaretz melaporkan, Isnin (1/4) kelompok pendudukk Zionis Elad yang aktif dalam proses Yahudinisasi Al-Quds dengan membeli hartanah dan menguasai Hutan Damai di kota Al-Quds dengan melibatkan pemerintahan Israel. Sumber maklumat menambah, kelompok Elad dibentuk untuk membatalkan status hutan dan mempromosikannya sebagai projek yang menuju kepada pembinaan penempatan. Telah banyak perjanjian ditandatangani yang membahayakan "keamanan negara".
Menurut surat khabar itu, Hutan Salam terletak di kawasan seluas 550 hektar antara wilayah "Abu Tur" (selatan Al-Quds) dan garis sempadan penempatan "Armon Hantsiv" (sebelah timur kota). Surat khabar itu mengambil pernyataan seorang warga Palestin di Al-Quds, Sami Ershid bahwa Zionis, sejak awal daerah tersebut menjadi kawasan awam yang terbuka dan kemudian menjadi hutan kota. Oleh kerana itu penggunaan tanah ini oleh warga Palestin terbatas dan ketika ini organisasi Elad diberikan kebebasan untuk mengendalikan tempat tersebut.
Terdapat sejumlah tanah Hutan Perdamaian yang belum disita dan masih dimiliki secara peribadi oleh warga Palestin. Ini adalah contoh dari pengalihan aset dan pemilikan Palestin oleh Yahudi untuk digunakan oleh kelompok organisasi yahudi Elad." Penduduk Yahudi Elad aktif dalam isu penempatan rumah Palestin di kota Al-Quds, khususnya di Kota Tua dan sekitarnya. Sejak 1967, Israel telah mendirikan belasan penempatan Yahudi di Al-Quds Timur untuk menempatkan sekitar 200 000 orang Yahudi di penempatan haram. Tindakan ini jelas melanggar undang-undang antarabangsa.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Selasa , 02-04-2019 – Saksi kejadian berkata, penembak tepat Rejim Zionis tersebut telah menempak seorang pemuda Palestin di bahagian kaki di kem pelarian Al-Bureij di bahagian timur yang berada di tengah-tengah kawasan sempadan Gaza.
Pemuda tersebut telah di hantar ke hospital tempatan untuk mendapatkan rawatan dan kecederaan tersebut diklasifikasikan sebagai sederhana.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : hanif
Selasa , 02-04-2019 – Seorang paramedik warga Palestin telah dibunuh dan 3 pemuda mengalami kecederaan pada pagi Rabu apabila tentera rejim zionis (IOF) melepaskan tembakan peluru hidup ketika pertelingkahan di kem pelarian al-Deheisheh di Bethlehem.
Sumber tempatan melaporkan yang empat pemuda termasuk seorang paramedik, cedera akibat tembakan ketika pertelingkahan antara para pemuda dan tentera rejim di kem al-Deheisheh.
Sumber perubatan dari Persatuan Bantuan Perubatan Palestin kemudiannya mengesahkan yang paramedik bernama Sajed Mezher, 17, cedera teruk akibat tembakan di abdomen ketika beliau sedang merawat warga lain yang cedera dan setelah itu meninggal di hospital tempatan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Selasa , 02-04-2019 – Keadaan kesihatan seorang tahanan Palestin, Ahmed Musa, 41 tahun dilaporkan semakin merosot. Beliau melakukan mogok laparnya sejak 28 hari yang lalu kerana membantah dirinya ditahan tanpa bicara dan dikurungan dalam bilik berasingan.
Menurut Yayasan Muhjat al-Quds bagi Syuhadah dan Tahanan Penjara, beliau menanggung derita akibat anggota badan yang sangat lemah dan tidak mampu bergerak.
Musa yang melakukan mogok laparnya sejak 28 Februari, 2019 didapati enggan minum dan tidak mahu mengambil sebarang vitamin serta ubat-ubatan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainuddin