Rabu, 12/11/2008 –Jawatankuasa Diraja Jordan yang bertanggungjawab ke atas urusan Jerusalem memberi amaran kepada Israel atas rancangan mereka membuka 2 terowong di bawah masjid Al-Aqsa.
Rabu, 12/11/2008 –Jawatankuasa Diraja Jordan yang bertanggungjawab ke atas urusan Jerusalem memberi amaran kepada Israel atas rancangan mereka membuka 2 terowong di bawah masjid Al-Aqsa.
Rabu, 12/11/2008 – Pemerintah Palestin pimpinan PM Ismail Haniyah menyatakan penjajah Israel bertanggungjawab penuh ke atas kesan penutupan pintu masuk yang sudah memasuki hari keenam yang memberi Kesan buruk terhadap politik, sosial dan kemanusiaan.
Isnin, 10/11/2008 –Mahkamah Pusat Israel di Tel Aviv telah memutuskan bahawa seorang pegawai polis Israel, Tomer Avraha, yang telah membunuh seorang pekerja Palestin di Jaffa, hanya akan dipenjarakan selama setahun.
Isnin, 10/11/2008 –Hamas menegaskan, pertemuan Pasukan Kuartet di Sharm El-Syaikh Mesir bertujuan mewujudkan perpecahan dalaman Palestin di samping membuktikan tentang masih adanya kuasa veto Amerika dalam melaksanakan dialog nasional.
Sabtu, 08/11/08
Gerakan Hamas menyatakan Khamis lalu bahawa telah tiba masanya untuk menyertai dialog nasional di Kaherah selepas menghapuskan kebanyakan halangan sepanjang pertemuan terakhir dengan kepimpinan Mesir, lalu menafikan laporan berita mengenai niatnya untuk memboikot sesi dialog tersebut.
Sabtu, 08/11/08 –
PM Palestin, Ismail Haniyah meminta Presiden Palestin Mahmud Abbas untuk mengambil keputusan segera membebaskan semua tahanan politik dan pemimpin gerakan Hamas di Tebing Barat, sebelum bermula dialog Palestin pada 10 November ini. Beliau melihat isu tahanan ini sebagai penghalang kepada kejayaan dialog.
Khamis, 06/11/2008 –
Batalion Izzudin Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas menyatakan telah menghujani penempatan dan tempat strategik Israel dengan 100 lebih peluru berpandu ketika tentera Israel menyerang wilayah tengah dan Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza.
Rabu, 05/11/2008 –Gerakan Hamas berkata pada Selasa lalu bahawa tiada perbezaan di antara dua calon utama Presiden Amerika iaitu Barack Obama dan John McCain jika isu Palestin tidak di ambil peduli.
Rabu, 05/11/2008 –Jurucakap Bahagian Perlintasan dan Sempadan, Kementerian Dalam Negeri Palestin, Adil Za’rab menegaskan bahawa pihak autoriti Mesir telah membuka pintu keluar dan masuk Rafah, pagi Selasa (4/11), Ia membolehkan para pesakit dan mahasiswa dapat keluar masuk ke sempadan. Beliau menyatakan bahawa pembukaan gerbang ini akan berlangsung selama 3 hari.
Selasa, 04/11/2008 –Gerakan Hamas menyatakan bahawa wakil gerakan dari dalam dan luar Palestin telah sampai di kaherah hari ini, Isnin (03/11), untuk membahas perubahan draf yang diajukan kepada Mesir berkaitan dengan dialog nasional Palestin yang akan dimulakan pada 9 November nanti.
Selasa, 04/11/2008 –Kementerian Agama dan Waqaf Palestin di Gaza mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel laknat mengoyak serta membuang Al-Quran ke dalam tandas semasa menyerbu kem pelarian Aroub di utara bandar Al-Khalil.
Selasa, 04/11/2008 –Gerakan Hamas menyatakan di ulang tahun perisytiharan Balfour yang ke-91 bahawa masyarakat antarabangsa terutama Britain perlu mengikut sejarah dan bertanggungjawab ke atas setiap malapetaka dan tragedi yang telah menimpa rakyat Palestin kesan dari perjanjian buruk ini.
Isnin, 03/11/2008 –Dr. Ahmed Bahr, wakil PLC, bertegas menentang Mesir kerana bertindak melarang delegasi PLC daripada menggunakan sempadan Rafah dengan tujuan untuk menziarahi beberapa negara Arab dan negara-negara lain.
Sabtu, 01/11/2008 –
PM Palestin, Ismail Haniyah membuat keputusan untuk membebaskan semua tahanan politik sebagai langkah mewujudkan suasana aman bagi menjayakan dialog nasional Palestin di Kaherah pada 9 November akan datang.
Sabtu, 01/11/2008 –
Satu kajian telah dibuat oleh satu Biro Palestin dan telah mengeluarkan statistik tentang kesan pembinaan tembok pemisah yang di bina atas dasar apartheid kerajaan Zionis.