Categories
Berita Semasa

Israel memusnahkan irigasi pertanian Palestine di Nablus

Khamis, 19-11-2020 – Bulldozer milik penjajah Israel memusnahkan saluran irigasi di desa Farusy, Bet Najan, Nablus Timur. Pemilik saluran irigasi tersebut, Taufiq Haji Mohammad melaporkan penjajah Israel menyerbu desa Farusy, Bet Najan dan memusnahkan saluran irigasi pertanian yang di bina bertujuan mengairi pertanian kawasan sekitar.

Menurut Taufiq, desa Farusy mengalami masalah air akibat tindakan Israel yang mempersulitkan penggalian perigi dan saluran irigasi ini merupakan cara untuk mengairi kawasan pertanian sekitar.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

EU ulangi pendirian tegas kesalahan Israel bina penempatan haram.

Rabu, 18-11-2020 – Kesatuan Eropah mengulangi pendirian tegas mereka berhubung penempatan haram dan aktiviti perluasan dilakukan pihak rejim Israel di wilayah Palestin.

Pendirian kesatuan itu dinyatakan melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Ahad lalu oleh Josep Borrel, Wakil Tertinggi bagi Hal Ehwal dan Dasar Keselamatan EU berikutan rancangan baharu pihak rejim Israel di penempatan haram Givat Hamatos.

“Saya sangat bimbang dengan keputusan Israel membuka proses tawaran untuk pembinaan unit-unit perumahan untuk penempatan haram baharu di Givat Hamatos,” kata Borrel dalam kenyatan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis beri tempoh 8 hari kepada keluarga Sabbagh untuk tinggalkan kediaman di Baitulmuqaddis

Rabu, 18-11-2020 – Rejim zionis (IOA) telah memberikan keluarga Sabbagh (composed of five families) tempoh sehingga 24 November untuk mengosongkan rumah mereka di kejiranan Sheikh Jarrah di timur Baitulmuqaddis bagi digantikan dengan pendatang Yahudi.

Menurut Gabungan Kebangsaan Perlindungan Hak Palestin, satu mahkamah Israel mengambil keputusan untuk menguatkuasakan arahan pengosongan rumah kepada keluarga Sabbagh (lima keluarga yang terdiri daripada 32 individu termasuk lima kanak-kanak).

Mahkamah itu turut mengarahkan keluarga itu membayar 7,000 shekels kepada peguam pihak pendatang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Lebih 100 Peneroka Haram Cemari Masjid Al-Aqsa Ketika Lawatan Pagi

Rabu, 18-11-2020 – Puluhan peneroka Yahudi yang dikawal oleh pasukan polis mencemari Masjid Al-Aqsa pada hari Isnin pagi.

111 peneroka, termasuk 75 pelajar dari beberapa institusi Yahudi, memasuki Masjid melalui Pintu al-Maghariba dan melakukan beberapa ritual sebelum berkumpul di kawasan timur kawasan suci Islam tersebut.

Masjid Al-Aqsa terdedah kepada pencemaran setiap hari oleh peneroka haram dan pasukan polis Yahudi setiap pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.

Polis Israel menutup Pintu al-Maghariba, yang digunakan oleh orang Yahudi untuk memasuki Masjid, pada pukul 10:30 pagi setelah para peneroka selesai lawatan pagi mereka di tempat suci berkenaan. Pada sebelah petang, pintu yang sama dibuka semula untuk lawatan petang oleh peneroka haram.

Semasa kehadiran peneroka di perkarangan Masjid, sekatan masuk dikenakan ke atas jemaah Islam di pintu masuk yang menuju ke Masjid dan kad pengenalan mereka dirampas sehingga mereka meninggalkan tempat suci itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Kumpulan Hak Asasi menuntut Israel untuk menghentikan serangan ke atas Gaza

Rabu, 18-11-2020 – Beberapa kumpulan hak asasi manusia telah menuntut tentera Rejim Zionis Israel untuk menghentikan serangan ke atas ladang ladang di Gaza dan membayar pampasan ke atas kerugian ke atas tanaman mereka.

Surat tuntutan yang dikeluarkan oleh Gisha ( Pusat perundangan untuk Pergerakan Bebas ),  Pusat Hak Asasi Manusia Al-Mezan di Gaza dan Adalah ( Pusat Perundangan untuk Hak Minoriti Arab di Israel) kepada Menteri Pertahanan Israel, Peguam negara dan Jeneral Penasihat Tentera.

Surat tuntutan yang dikeluarkan oleh Gisha ( Pusat perundangan untuk Pergerakan Bebas ),  Pusat Hak Asasi Manusia Al-Mezan di Gaza dan Adalah ( Pusat Perundangan untuk Hak Minoriti Arab di Israel) kepada Menteri Pertahanan Israel, Peguam negara dan Jeneral Penasihat Tentera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Bukairat : Penambahan masa lawatan kepada peneroka haram di Masjid Al-Aqsa adalah tindakan yang bahaya.

Rabu, 18-11-2020 – Sheikh Najeh Bukairat telah mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan polis Zionis Israel untuk menambahkan 45 minit masa lawatan kepada peneroka haram Yahudi di Masjid Al-Aqsa adalah langkah yang berbahaya ke arah pemecahan sempadan di tanah suci itu.

Dalam kenyataan akhbar, Sheikh Bukairat , Timbalan ketua Pentadbiran Awqaf di Jerusalem telah menjelaskan langkah berkenaan sangat berbahaya dalam niat Israel untuk menukar kawasan Masjid Al Aqsa secara keseluruhan dan meletakkan syarat tanpa rundingan  di tanah suci itu,

Beliau memberi amaran tentang usaha Israel untuk menidakkan kehadiran Palestin di Masjid Al Aqsa melalui alasan yang tidak masuk akal seperti mengusir pengawal dan pekerja di Masjid Al Aqsa, meletakkan syarat ke atas pengunjung Islam dan melarang mereka memasuki kawasan Al Aqsa untuk solat jumaat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis memusnahkan kawasan perniagaan di Bandar Anata.

Rabu, 18-11-2020 – Rejim Zionis Israel pada hari Isnin lepas, telah merobohkan beberapa kawasan perniagaan di Bandar Anata di timur laut Jerusalem.

Datuk Bandar Anata, Taha Al-Rifa’iee berkata jentolak yang diiringi oleh tentera telah menceroboh masuk ke jalan utama di timur Anata dan telah merobohkan dua lagi  lot perniagaan.

Jentolak Rejim Zionis Israel telah juga merobohkan satu lagi lot perniagaan yang di gunakan sebagai pasar sayur sayuran dan satu lagi lot yang digunakan untuk menjual alat alat ganti kenderaan,

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menangkap dua orang rakyat Palestin di Beit Ummar

Rabu, 18-11-2020 – Rejim Zionis (IOF) menahan dua orang rakyat Palestin di pintu masuk ke bandar Beit Ummar, di sebelah utara al-Khalil.

Muhammad Awad, aktivis media di bandar itu, mengatakan bahawa IOF menangkap bekas tahanan, Mahmoud Ahmed Mahmoud Al-Alami, 19 tahun, dan seorang pemuda lain yang tidak dikenali dan membawa mereka ke destinasi yang tidak diketahui.

Tentera IOF telah melakukan operasi bersifat provokatif sejak awal pagi di kawasan bandar Asida dan telah menutup pintu masuknya, yang menyebabkan kesesakan lalu lintas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Raed Solah memasuki bulan ke-3 di penjara pengasingan

Rabu, 18-11-2020 – Sheikh Raed Solah, ketua gerakan islam di wilayah 48, hari ini (isnin 16Nov) memasuki bulan ke-tiga di penjara pengasingan di Ashkelon. Sheikh Solah di pindahkan dari Penjara Jalameh ke Penjara Shikma di Ashkelon pada hari pertama beliau di tahan.

Pasukan peguam Sheikh Salah memaklumkan beliau telah menderita keadaan penahanan yang sulit sejak awal di tahan. Kunjungan keluarga turut di halang, termasuk membeli dan mendapatkan barang keperluan peribadi termasuk buku, akhbar, majalah dan lainnya.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

COVID-19: 7 Kematian, 976 Kes Baharu di Palestin Dalam Tempoh 24 Jam

Selasa, 17-11-2020 – Kementerian kesihatan Palestin pada hari Ahad melaporkan tujuh kematian baharu yang berkaitan dengan COVID-19 (coronavirus), 976 ujian positif baru, dan 585 kes pulih di Tebing Barat, Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam terakhir.

Menurut laporan harian kementerian, lima dari mangsa baharu yang meninggal dunia akibat virus itu berasal dari kawasan yang berlainan di Tebing Barat, dan dua dari Semenanjung Gaza.

39 pesakit COVID-19 yang tenat dilaporkan menerima rawatan intensif di hospital, dan 10 daripadanya telah ditempatkan di bawah alat bantuan pernafasan.

87.5 peratus daripada jumlah kes telah pulih dari penyakit ini, sementara kadar kes aktif telah mencapai 11.6 peratus dan kadar kematian adalah 0.9 peratus dari jumlah kes, menurut data yang dikemas kini oleh kementerian hari ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis mengeluarkan tender untuk 1,257 kediaman di Timur Baitulmuqaddis

Selasa, 17-11-2020 – Rejim Zionis (IOA) pada Ahad mengeluarkan tender untuk pembinaan 1,257 unit rumah pendatang Yahudi di timur Baitulmuqaddis.

Menurut Peace Now, rumah pendatang baru akan dibina di penempatan haram di tenggara Baitulmuqaddis.“Ini merupakan satu tamparan hebat ke atas keamanan dan kemungkinan penyelesaian dua negara.

Kerajaan Netanyahu-Gantz government telah ditubuhkan untuk menentang coronavirus tetapi mengambil kesempatan pada minggu-minggu terakhir pentadbiran Trump bagi meletakkan asas yang akan susah untuk dihilangkan bagi mencapai keamanan,” Peace Now memberi amaran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Haniyeh: Pembebasan tahanan adalah proriti

Selasa, 17-11-2020 – Ketua Biro Politik hamas, Ismail Haniyah menegaskan bahawa pembebasan tawanan masih dan tetap menjadi agenda utama gerakan Hamas. Beliau berjanji akan berusaha mengakhiri penderitaan mereka dan membebaskan mereka semua dari penjara tahanan Israel.

Hal tersebut di sampaikan oleh Haniyeh menerusi perbualan talipon dengan Samer Yahya Muhammad Darwish (46 thn) dari Nablus yang baru debebaskan dari penjara penjajah Zionis Israel. Samer mengikuti tahanan penjara selama 19 tahun.

Haniyah menyampaikan ucap selamat beliau dan memuji ketabahan Samer mendepani kezaliman dan siksaan tentera zionis sepanjang beliau berada di penjara. Siksaan melangkaui norma dan hokum antarabangsa. Penderitaan bukan sahaja di hadapi Samer, tapi turut di tanggung keluarga.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Puluhan pendatang mencemarkan Masjid Aqsa

Isnin, 16-11-2020 – Puluhan pendatang Yahudi pada pagi Isnin mencemarkan Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis dengan dikawal polis.

Menurut sumber tempatan, polis rejim Israel menutup Pintu al-Maghariba masjid setelah 83 pendatang berkeliaran di dataran pada waktu pagi. Sejumlah pendatang dilaporkan melakukan ibadat pada waktu pagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Warga emas Palestin berusia 77 tahun dipukul.

Isnin, 16-11-2020 – Pasukan penjajah Israel Zionis (IOF) pada pagi Khamis menyerang secara fizikal seorang lelaki tua Palestin ketika dia memetik zaitun di bandar Beit Ummar, di utara al-Khalil.

Aktivis media tempatan, Mohamed Awad mengatakan bahawa tentera Zionis bertindak kejam dan memukul Mohamed Al-Salibi yang berusia 77 tahun ketika dia mengumpulkan zaitun dari kebunnya di kawasan berhampiran penempatan haram Bat Ayin, yang dibina di atas tanah yang diramapas dari bandar Beit Ummar.

Awad menjelaskan bahawa askar-askar itu mengganggu Salibi dan memerintahkannya untuk meninggalkan kebunnya sendiri, tetapi setelah dia enggan, mereka mula memukulnya dengan senapang dan memaksanya untuk meninggalkan daerah itu selepas diacu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Lima kematian akibat korona, 823 kes baru di Palestin dalam tempoh 24 jam

Isnin, 16-11-2020 – Kementerian kesihatan Palestin melaporkan lima kematian baru yang berkaitan dengan COVID-19 (coronavirus) dan 823 ujian positif baru di Tebing Barat, Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam.

Menurut laporan harian kementerian itu, tiga daripada mangsa baru yang meninggal akibat virus tersebut berasal dari kawasan yang berlainan di Tebing Barat,dan dua dari Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza.

40 pesakit COVID-19 yang sakit teruk dilaporkan menerima rawatan intensif di hospital, dan 11 daripadanya telah ditempatkan di ventilator.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul