Categories
Berita Semasa

Bantahan Besar-besaran Sekat Delegasi Bahrain di Beit Hanoun

Khamis, 14-12-2017 – Remaja Palestin telah menyertai perarakan di Beit Hanoun bagi menghalang delegasi Bahrain dari memasuki Semenanjung Gaza, setelah tiba di Israel dalam rangka lawatan yang dipanggil proses normalisasi.

Wartawan PIC melaporkan bahawa para penunjuk perasaan membakar tayar kereta sebagai desakan mereka untuk tidak membenarkan delegasi tersebut memasuki Gaza setelah melawat Israel. Beliau menambah, penunjuk perasaan yang marah telah membawa batu dan barangan lain untuk digunakan bagi menghalang delegasi memasuki Gaza. Kementerian Pendidikan turut mengumumkan bahawa ia tidak akan membenarkan delegasi memasuki sekolah mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Tiga Peneroka Haram Yahudi Cedera di Tebing Barat.

Selasa, 12-12-2017 – Tiga peneroka Yahudi cedera pada Khamis lepas susulan tindakan sekumpulan remaja Paletstin melemparkan batu pada bas yang membawa mereka ketika sedang melalui Road 60 dari pergunungan al-khalil ke Jerusalem.

Dalam serangan berasingan, dua lagi peneroka cedera di persimpangan Kfar Etzion berhampiran bandar Beit Fajjar, Bethlehem.

Remaja Palestin di beberapa kawasan berlainan di Tebing Barat melancarkan serangan menggunakan batu ke arah peneroka haram dan kenderaan mereka sebagai tindakbalas ke atas pendudukan haram mereka ke atas tanah Palestin dan pengiktirafan US ke atas Jerusalem sebagai ibu kota Israel.

Tindakan presiden US, Donald Trump menandatangani deklarasi menyokong Jerusalem sebagai ibu negara Israel mencetuskan kemarahan dan kebangkitan di wilayah Palestin. Kira-kira 116 penduduk Palestin cedera dalam pertempuran dengan pihak berkuasa Palestin pada Khamis lepas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah :  wea

Categories
Berita Semasa

Switzerland: Trump Baitulmuqaddis bergerak menghancurkan usaha membina keamanan

Selasa, 12-12-2017 – Keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk memindahkan kedutaan A.S. ke Yerusalem dan mengakui bandaraya itu sebagai modal Israel adalah “penghalang kepada keamanan yang adil dan berpanjangan” di rantau ini, kata kementerian luar Switzerland pada hari Khamis.

Reaksi Swiss, yang berkomunikasi secara langsung ke kedutaan A.S. di Bern pada pagi hari Khamis, menyusul banyak komuniti antarabangsa dalam mengutuk langkah yang secara meluas dilihat sebagai ketidakstabilan untuk upaya perdamaian antara warga Israel dan Palestin.

“Switzerland menilai itu, sesuai dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa 478, apa-apa penyelesaian konflik di Timur Tengah mestilah berdasarkan perjanjian komprehensif dan dinegosiasikan mengenai status akhir Yerusalem,” kata kementerian luar negeri dalam satu kenyataan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Netanyahu menyifatkan perpindahan ke Baitulmuqaddis oleh Trump umpama Balfour

Selasa, 12-12-2017 – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata yang pengiktirafan Presiden A.S. Donald Trump ke atas Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel merupakan satu peristiwa penting dalam sejarah Israel, dan mengumpamakannya seperti Perjanjian Balfour.

“Terdapat banyak detik penting dalam sejarah Zionis, perjanjian Balfour, pembukaan negara, pembebasan Baitulmuqaddis dan kenyataan Trump semalam,” kata Netanyahu dalam video yang dimuatnaik di media social. “Saya memberitahu dia, ‘wahai sahabatku Tuan Presiden, anda akan mencipta sejarah.’ Semalam, dia telah mencipta sejarah,” Netanyahu menambah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel lancar serangan meriam ke arah dua sasaran di timur Gaza.

Selasa, 12-12-2017 – Tentera rejim Israel mengebom pos kawalan dan pertahanan di medan pertempuran yang terletak di timur Semenanjung Gaza.

Menurut sumber tempatan yang memberitahu Information Center (PIC), pasukan meriam tentera Israel menembak dua peluru ke arah pos peninjau kepunyaan pejuang Palestin di timur kem pelarian al-Maghazi, di tengah wilayah Gaza.

Kemudian, satu lagi peluru mengenai pos kawalan di medan pertempuran timur al-Zeitun, sebelah timur bandar Gaza. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa yang berlaku akibat dari kedua-dua serangan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Remaja Gaza Bakar Poster Trump, Netanyahu

Selasa, 12-12-2017 – Puluhan anak muda Gaza yang marah di kota Deir al-Balah telah membakar gambar presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai protes atas pengumuman BaitulMaqdis sebagai ibukota Israel.

Terdahulu, beberapa pelajar melakukan demonstrasi di jalan Salahuddin di timur Gaza dan menutupnya dengan tayar terbakar. Mereka juga membawa plakat slogan yang mengutuk Trump dan perisytiharannya.

Dalam ucapannya kepada Pusat Maklumat Palestin (PIC), para penunjuk perasaan menyatakan kemarahannya atas keputusan Trump mengenai BaitulMaqdis, menggambarkannya sebagai “provokatif” dan menyeru tindakan Arab dan Islam bertindak balas kepada langkah AS itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Pemindahan Kedutaan AS ke Baitulmuqaddis adalah melampaui batas

Jumaat, 8-12-2017 – Ketua Hamas Ismail Haneyya, berkata pada Selasa yang sebarang keputusan oleh pentadbiran Trump untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel akan mencetuskan kemarahan ke atas rejim Israel.

Dalam memo beliau yang dihantar kepada para pemimpin Arab, Pertubuhan Persidangan Negara Islam dan Liga Negara Arab antaranya, Haneyya berkata yang para rakyat Palestin tidak akan membenarkan konspirasi itu berlaku dan akan melakukan apa sahaja untuk mempertahan tanah air dan kota suci mereka.

“Sejak dulu pentadbiran AS sentiasa menyebelahi rejim dan menyokong agenda peperangan dan perkauman ke atas rakyat Palestin,” tulis Haneyya yang menyifatkan tindakan itu sebagai melanggar undang-undang antarabangsa serta provokasi ke atas sensitiviti umat Islam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Haneya hubungi Timbalan Menteri Luar Rusia berkait isu Baitulmuqaddis.

Jumaat, 8-12-2017 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneya telah menghubungi melalui telefon Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov bagi membincangkan kesungguhan pentadbiran Amerika Syarikat memindahkan kedutaan negara itu ke Kota Baitulmuqaddis.

Satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat Haneya pagi Rabu semalam menyatakan, Haneya telah memberi peringatan tentang akibat buruk yang akan berlaku berikutan keputusan itu yang secara jelas telah melanggar undang-undang antarabangsa dan boleh meningkatkan lagi keganasan serta mengheret wilayah tersebut ke arah konflik baru.

Menurut Bogdanov, pihaknya menyokong penduduk Palestin dan seterusnya menegaskan bahawa isu Baitulmuqaddis hendaklah ditangani mengikut seperti apa yang tercatat dalam resolusi antarabangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Tekanan Memuncak Ketika Trump Mengiktiraf BaitulMaqdis Sebagai Ibu Negara Israel

Jumaat, 8-12-2017 – Presiden A.S., Donald Trump secara rasmi mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel, dan menjadi presiden Amerika pertama yang pernah melakukannya. “Sudah tiba masanya untuk mengiktiraf BaitulMaqdis sebagai ibu negara Israel,” kata Trump semasa ucapannya di White House, yang disampaikan pada hari Rabu pada pukul 1 petang. masa tempatan.

Semasa ucapannya, presiden juga mengumumkan bahawa dia akan memindahkan kedutaan A.S. dari Tel Aviv ke BaitulMaqdis, walaupun penangguhan yang ditandatangani baru-baru ini yang menangguhkan keputusan itu selama enam bulan.

Mengulas mengenai motivasi di sebalik keputusannya, Trump berkata bahawa walaupun “Kita tidak lebih dekat dengan perjanjian damai yang berkekalan, tetapi adalah satu keputusan yang bodoh untuk mempercayai bahawa formula perdamaian yang sama pasti akan mencapai apa-apa yang berbeza.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Abbas: Pengisytiharan Trump ke atas BaitulMaqdis telah Memaksimumkan Pembersihan Etnik

Jumaat, 8-12-2017 – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata bahawa dengan pengisytiharan BaitulMaqdis sebagai ibukota Israel oleh Presiden A.S., Donald Trump menunjukkan bahawa beliau telah memilih untuk mengabaikan semua resolusi antarabangsa dan menggalakkan Israel untuk mengetatkan dasar pendudukan, penyelesaian, apartheid dan pembersihan etnik.

“Negara sedang berada pada saat yang kritikal hari ini, berikutan langkah-langkah yang diumumkan oleh pentadbiran Amerika Syarikat di BaitulMaqdis,” kata Abbas. “Pentadbiran AS telah memilih untuk melanggar semua resolusi dan perjanjian antarabangsa. Mereka lebih memilih untuk mengabaikan dan bertentangan dengan konsensi antarabangsa yang dilaungkan oleh pelbagai negara, pemimpin dunia, pemimpin dan organisasi keagamaan selama beberapa hari yang lalu mengenai BaitulMaqdis. ”

“Langkah-langkah yang tidak wajar ini merupakan usaha yang merosakkan seluruh usaha damai dan pengisytiharan ini menunjukkan bahawa Amerika Syarikat telah menarik diri dari memainkan peranan dalam proses perdamaian yang telah dimainkannya selama beberapa dekad yang lalu,” tambahnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Perwakilan Mesir tiba di Gaza bagi mengetahui perkembangan rundingan damai

Khamis, 7-12-2017 – Satu delegasi keselamatan Mesir tiba di Gaza pada Isnin untuk mengetahui perkembangan perjanjian rundingan di antara Gerakan Hamas dan Fatah di Mesir pada bulan Oktober lepas.

Wartawan PIC melaporkan yang Tawfiq Abu Naim, Pengarah Keselamatan Dalaman di Gaza, menerima delegasi yang diketuai oleh Jeneral Sameh Nabil, pegawai bahagian Palestin di Perisikan Umum Mesir.

Delegasi Mesir itu bertemu dengan Rawhi Mushtaha, ahli biro politik Hamas, yang berkata dalam kenyataan ekslusifnya kepada PIC yang mesyuarat pertama itu membincangkan tentang kepentingan usaha perlaksaan rundingan kebangsaan Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Turki memberi amaran mengenai malapetaka jika AS mengumumkan Jerussalem sebagai ibu negara Israel

Khamis, 7-12-2017 – Seorang pegawai kanan kerajaan Turki pada hari Isnin memberi amaran mengenai “malapetaka besar” jika Amerika Syarikat mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel walaupun dibanjiri amaran dari dunia Arab.

“Jika status quo di Baitulmuqaddis diubah dan satu lagi langkah diambil … itu akan menjadi malapetaka besar,” kata Timbalan Perdana Menteri Turki Bekir Bozdag semasa sidang akhbar televisyen. “Ia akan memusnahkan proses perdamaian yang rapuh di rantau ini, dan membawa kepada konflik baru, perselisihan baru dan pergolakan baru,” katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

2 warga Palestin disyaki bunuh tentera Israel ditahan Shabak.

Khamis, 7-12-2017 – Perkhidmatan Penyiasatan Israel (Shabak) berkata, dua warga Palestin yang mereka syaki sebagai suspek pembunuhan seorang anggota tenteranya telah berjaya diberkas.

Menurut siaran berita berbahasa Yahudi, kedua-dua pemuda yang merupakan suspek utama kes pembunuhan seorang tentera rejim yang berlaku di Arad, selatan Israel ditangkap pada hari Jumaat lalu.

Tambah berita itu lagi, suspek ditahan untuk disoal siasat berikutan kematian Ron Kokia dan bagi mencari senapangnya yang masih belum ditemui lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Haneeya bertemu delegasi Mesir di Gaza

Khamis, 7-12-2017 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneyya bersama delegasinya bertemu wakil pihak keselamatan Mesir yang diketuai General Sameh Nabil pada Isnin lepas. Turut hadir sama dari Mesir adalah Consul Khaled Sami dan General Hammam Abu Zeid.

Delegasi dari pihak keselamatan Mesir tiba di Gaza untuk menyambung usaha penyatuan diantara Hamas dan Fatah di Cairo yang dibincangkan Oktober lepas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Kedutaan Israel dibuka di Rwanda

Selasa, 5-12-2017 – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengumumkan pembukaan kedutaan Israel baru di Rwanda ketika lawatan ke Nairobi, Kenya, demikin laporan oleh Haaretz pada Selasa.

Menurut Haaretz, kerajaan rejim Israel baru-baru ini membuat perjanjian dengan Rwanda untuk membayar $5,000 bagi setiap pencari suaka Afrika yang sedang menetap dan akan diterima di Israel. Netanyahu bertemu dengan Presiden Rwanda Paul Kagame sebelum pengumuman itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati