Categories
Berita Semasa

Syarikat pembekal elektrik Gaza: Jajaran Bagdad putus bekalan.

Selasa, 20-12-2016 – Syarikat pembekal tenaga elektrik di Gaza menyatakan kebimbangan pihaknya berhubung kelewatan pihak Perbadanan Elektrik Israel menyalurkan semula bekalan elektrik di jajaran Bagdad. Bekalan untuk kawasan tersebut telah terputus selama empat hari menyebabkan krisis tenaga elektrik di Semenanjung Gaza bertambah buruk.

Syarikat itu merayu kerajaan Palestin dalam kenyataan akhbarnya, agar mendesak pihak Israel supaya mengambil langkah perlu bagi memenuhi keperluan elektrik untuk kediaman di Gaza dengan menyambung semula bekalan secepat mungkin.

Tegas syarikat itu lagi, gangguan bekalan yang kerap berlaku di kawasan “jajaran Israel” tersebut telah memburukkan lagi krisis bekalan elektrik dan menambah kecelaruan pada jadual pengagihan bekalan elektrik di Semenanjung Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Para pendatang Israel mencemarkan Masjid Aqsa

Selasa, 20-12-2016 – Puluhan pendatang Yahudi memecah masuk dataran Masjid al-Aqsa pada Ahad dengan kawalan ketat polis dan unit khas rejim Israel. Agensi akhbar Quds berkata, yang polis dan unit khas rejim Israel mengawal ketat 48 orang pendatang Yahudi yang menyerbu Masjid al-Aqsa dari bab al-Magharbeh pada waktu pagi.

Agensi akhbar tersebut menambah yang pada waktu petang, 13 lagi pendatang Yahudi memecah masuk masjid dan berkeliaran di datarannya sambil menerima penerangan tentang tempat yang didakwa mereka sebagai kuil itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Bangunan pencakar langit pengganti penampilan purba BaitulMaqdis

Selasa, 20-12-2016 – Banyak menara tinggi yang dijangka akan dibina di kawasan BaitulMaqdis dalam beberapa tahun akan datang, secara mendadak akan mengubah penampilan, pemandangan dan keunikan watak seni bina Arab bandar itu.

Menurut akhbar Haaretz, keputusan mengenai projek ini telah dibuat pada akhir Julai 2016 oleh pegawai-pegawai dari perancangan daerah dan jawatankuasa pembinaan dan perbandaran BaitulMaqdis, yang telah bersetuju untuk membina bangunan pencakar langit dan struktur besar yang lain di bahagian-bahagian yang berlainan di bandar suci itu.

Pegawai-pegawai tersebut turut bersetuju untuk menambah laluan kereta api yang sedia ada dan mewujudkan lebih banyak perhentian di bandar itu untuk menyambung bangunan-bangunan baru pada tahun-tahun akan datang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Netanyahu Mengarahkan Penghancuran 42 Buah Rumah Warga Palestin

Selasa, 20-12-2016 – Atas arahan Benjamin Netanyahu, Pihak Majlis Bandaraya dan Keselamatan Israel sedang dalam rangka memusnahkan 42 buah rumah warga Palestin di sebuah perkampungan penduduk Palestin di Jerusalem.

Menurut sebuah laman web Israel, berpuluh-puluh buah rumah dan infrastruktur lain di wilayah Jerusalem dan Negev akan dirobohkan dalam sebuah rancangan penghancuran besar-besaran bangunan yang dilabelkan sebagai pendudukan haram oleh kerajaan Israel.

Walaupun dilabelkan sebagai penempatan haram oleh kerajaan Israel, rumah dan infrastruktur tersebut sebenarnya didirikan diatas tanah persendirian penduduk Palestin tetapi dinafikan hak untuk mendapatkan permit pendudukan sah bagi memudahkan proses penghancuran pada masa akan datang.

Israel telah lama mengamalkan polisi penghancuran sistematik terhadap rumah penduduk Palestin di semua kawasan jajahan, tetapi kebelakangan ini, Netanyahu memutuskan untuk bertindak agresif setelah pemilik tanah di Palestin berjaya mendapatkan perintah mahkamah bagi pengosongan perkampungan Amona oleh peneroka haram Israel yang telah menududuki perkampungan tersebut secara haram dengan bantuan kerajaan Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shazwan Halim

Categories
Berita Semasa

Israel buka terowong antara Silwan dan Masjid Aqsa

Isnin, 19-12-2016 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan satu siri acara yang bakal diadakan untuk meraikan ‘jubli emas penyatuan semula Yerusalem’ sebagi tanda penjajahan Israel ke atas Yerusalem.

Menteri Kebudayaan Israel, Miri Regev mendedahkan bahawa ‘terowong lama yang baru ditemui’ menjangkau dari selatan Kota Lama di Silwan dengan Masjid al-Aqsa akan dibuka sempena pelancaran acara jubli emas Hanukkah atau Festival Yahudi Cahaya.

Netanyahu dan Regev kedua-duanya menyerang UNESCO apabila dalam kenyataan terbarunya mengesahkan bahawa tidak terdapat hubungan antara Israel dan Jerusalem serta Masjid al-Aqsa. Netanyahu berkata, “Orang-orang Yahudi mempunyai hubungan dengan seluruh tanah Palestin dan bukan sahaja di Jerusalem.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin mengingatkan tentang keadaan kesihatan Abu Farad an Shadid yang kritikal

Isnin, 19-12-2016 – Pertubuhan hak asasi dan kumpulan-kumpulan rakyat Palestin memberi amaran tentang keadaan kesihatan tahanan Ahmad Abu Fara dan Anas Shadid yang kritikal setelah 80 hari mogok lapar.

Jurucakap Persatuan tahanan dan bekas tahanan Waed memberitahu dalam satu sidang akhbar pada Selasa yang mahkamah tentera rejim Israel dan pihak pendakwa bekerjasama dengan pihak penjara Israel untuk mengusir dua orang tahanan itu.

Abdullah Qandil, jurucakap persatuan Waed menyatakan, “Abu Fara and Shadid bertegas untuk meneruskan mogok lapar sebagai cara mencapai kebebasan.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Penjajah Israel membina pos penempatan baru di Lembah Jordan

Isnin, 19-12-2016 – Saksi melaporkan bahawa beberapa penjajah Israel memperluaskan intipan mereka baru-baru ini dengan mula menubuhkan di kawasan Khillat Hamad di lembah utara Jordan.

Mereka memberitahu wartawan PIC bahawa penjajah Israel telah membawa traktor pada hari Isnin dan telah membajak tanah tapak yang mereka ambil lebih dua bulan lalu.

Pada hari Selasa, kata mereka, penjajah Israel membawa bahan binaan sebagai persediaan untuk pembinaan sebuah pos penempatan di kawasan itu. Pihak berkuasa perampas Israel baru-baru ini telah mempergiatkan operasi rampasan dan latihan ketenteraan di lembah utara Jordan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Mesir tutup semula pintu masuk sempadan Rafah elak dibanjiri penduduk Gaza.

Isnin, 19-12-2016 – Pihak berkuasa kerajaan Mesir menutup semula pintu masuk sempadannya dengan Gaza di Rafah pada hari Selasa, kelmarin dengan alasan untuk menggelak dari dibanjiri penduduk Palestin yang boleh menimbulkan kes-kes kemanusiaan

Pengarah media, pintu masuk Rafah, Wael Abu Omar berkata, pihak kerajaan Mesir juga telah bertindak menyenarai hitam 160 warga Gaza dari memasuki negara itu tanpa memberitahu sebabnya dan pada hari Isnin sebelumnya, pihak telah menghalang 64 warga Palestin dari meneruskan perjalanan mereka melalui pintu sempadan itu.

Tiga hari sebelumnya, sempadan Rafah telah dibuka bagi membenarkan para pengunjung melaluinya atas tujuan kemanusiaan sahaja, bagaimana pun atas tujuan lain tidak dibenarkan menyebabkan ramai yang terkandas di kedua-dua laluan keluar dan masuk.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Curi Barang Kemas

Isnin, 19-12-2016 – 8 penduduk Palestin diculik oleh Tentera Israel (IOF) kerana disyaki terlibat dalam aktiviti anti-penjajahan. Berpuluh peneroka Israel pula terus memasuki Makam Yusuf, di timur Nablus. IOF juga mengepung kem Balata dan mencetuskan pertempuran ganas dengan penunjuk perasaan Palestin.

Sementara itu, tentera Israel didakwa memecah masuk ke rumah keluarga banduan, Ahmad Hani Hamdi di Nablus dan mencuri barang kemas bernilai 8000 dinar kepunyaan bakal pengantin anak perempuan keluarga tersebut.

Walaupun bapa mereka menunjuk bukti bil pembelian barang kemas tersebut dari kedai emas yang diiktiraf, tentera Zionis enggan menerimanya. Tentera Zionis turut didakwa memalsukan dokumen barang rampasan. Keluarga tersebut telah merayu pada institusi hak asasi manusia atas hal tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel Hukum Peniaga Gaza Atas Alasan Keselamatan

Isnin, 19-12-2016 – Israel menghukum peniaga Gaza dkononnya telah mengancam keselamatan Israel dengan membekalkan peralatan kejuruteraan ke Semenanjung Gaza tanpa permit. Mengikut pertuduhan, Shamallakh menjual peralatan kejuruteraan kepada ahli-ahli Hamas yang bekerja menggali terowong walaupun beliau sudah mengetahuinya.

Beliau turut dituduh membuat rangkaian jenayah, mendapatkan peralatan dengan penipuan dan dalam keadaan berbahaya, serta menyediakan peralatan dan perkhidmatan untuk “organisasi pengganas”. Pendakwaan menuntut penahanan berterusan sehingga prosiding akhir undang-undang terhadapnya.

Tentera Israel (IOF) telah menahan berpuluh-puluh peniaga selama beberapa bulan kebelakangan ini atas alasan menjual peralatan yang digunakan untuk menggali terowong.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Tahanan wanita Palestin lahir bayi selepas bertahun hidup di penjara.

Rabu, 14-12-2016 – Seorang tahanan wanita warga Palestin, Samer al-Mahroom yang berasal dari bandar Jenin, Tebing Barat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama “Adam” selepas hampir 30 tahun hidup di penjara.

Ahli keluarga Samer dan tahanan lain menyambut berita gembira itu kerana beliau adalah tahanan paling lama di penjara Israel. Empat tahun lepas, beliau telah dibebaskan setelah seorang tahanan, Wafaa al-Ahrar setuju menghabiskan baki tempoh hukumannya.

Beliau telah menjalani 27 tahun daripada hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh seorang pendatang Yahudi. Bagaimana pun, pihak Israel telah menahannya semula bersama dengan berpuluh-puluh tahanan lain yang baru dibebaskan melalui satu perjanjian pertukaran tahanan sepertinya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Pekerja bahagian Awqaf dilarang memasuki al-Aqsa

Rabu, 14-12-2016 – Polis Israel menghalang seorang pekerja bahagian Awqaf daripada memasuki Masjid al-Aqsa selama 6 bulan. Pekerja Awqaf, Hussam Seder, 29 tahun, mengesahkan yang beliau dihalang memasuki al-Aqsa untuk tempoh 6 bulan setelah disoal-siasat selama 2 jam di balai polis Qisleh, di barat Baitulmuqaddis. Polis Israel menyifatkan kehadiran Seder di masjid itu sebagai satu ancaman.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Rakyat Israel dikenal pasti menghancurkan kit azan di Masjid Dura

Rabu, 14-12-2016 – Samseng yang tidak dikenali, dipercayai rakyat Israel menyerbu sebuah masjid di bandar selatan al-Khalil Dura dan menghancurkan kit azan, pada petang Ahad lalu.

Seorang wartawan berita PIC berkata, penyerang yang tidak dikenali itu menyerbu masuk ke sebuah masjid di salah sebuah perkampungan Dura dan memecahkan peranti audio untuk melaungkan azan. Penyerang kemudiannya bertindak memotong wayar dan menghancurkan pembesar suara di masjid tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Anna Suhana

Categories
Berita Semasa

Polis Israel melanjutkan masa lawatan untuk pengunjung Yahudi di Masjid Al- Aqsa

Rabu, 14-12-2016 – Pihak polis Israel telah melanjutkan masa selama 45 minit bagi membenarkan pengunjung Yahudi berada di dalam Masjid al-Aqsa sebagai satu percubaan untuk memperkenalkan situasi baru di tanah suci umat Islam itu.

Waqaf Islam di BaitulMaqdis menyatakan bahawa, “Polis Israel membuka Pagar Maghareba untuk pengunjung bermula 7:15 pagi dan ditutup pada 10:30 pagi yang bermaksud 15 minit sebelum masa pembukaan yang dijadualkan dan 30 minit selepas itu.”

Polis Israel turut memberitahu Waqaf Islam mengenai keputusan untuk melanjutkan tempoh kunjungan ke perkarangan al-Aqsa itu. Walaubagaimanapun, pihak Waqaf Islam membantah tindakan Polis Israel tersebut. Mereka berkata, “Kami amat menolak keputusan polis Israel untuk melanjutkan tempoh untuk pelampau Israel dan pelancong dalam Masjid al-Aqsa.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Latihan ketenteraan menyebabkan kerugian teruk di Lembah Jordan

Selasa, 13-12-2016 – Kerugian besar berlaku ke atas hartanah Palestin di Lembah Jordan akibat latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Israel pada minggu lepas.

Aktivis tempatan Aref Daraghmeh mengesahkan yang latihan ketenteraan Israel menyebabkan kerugian teruk ke atas kawasan-kawasan pertanian di Lembah Jordan. Sepanjang minggu lepas, sejumlah besar kenderaan tentera Israel telah digunakan di puluhan tanah pertanian Lembah Jordan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati