Categories
Berita Semasa

Palestin lenyap pada tahun 2020 ?

Isnin, 22/09/2008 –Sheikh Ra’ed Salah, pemimpin gerakan Islam kawasan 1948, telah membongkar satu rancangan Zionis bertujuan untuk menhapuskan Palestin di timur Baitulmuqaddis sehingga tahun 2020.

Categories
Berita Semasa

10 Kanak-kanak Palestin keracunan makanan.

Isnin, 22/09/2008 –Institusi Mandela untuk hak asasi manusia dan tahanan politik melaporkan bahawa 10 kanak-kanak Palestin yang dikurung didalam penjara Telmond Israel telah menderita keracunan makanan selepas mereka disajikan dengan hidangan sardin.

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Olmert akui kekalahan tentera Israel.

Jumaat, 19/09/2008 –Ismail Haneyya, Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat Rabu lalu mengatakan bahawa Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert mengakui kekalahan projek Zionis dan tentera ke atas Palestin apabila beliau mengatakan bahawa mimpi untuk menubuhkan Israel Raya telah musnah.

Categories
Berita Semasa

Hamas : Livid dan Mofaz adalah sama. Pembunuh!

Jumaat, 19/09/2008 –Gerakan Hamas menyatakan bahawa tiada perbezaan antara menteri luar Israel, Tzipi Livni dan menteri pengangkutan, Shaul Mofaz yang bersaing untuk menjawat jawatan presiden parti Kadima. Beliau menyifatkan bahwa kumpulan penyokong Zionisme itu bersetuju untuk membunuh dan menggantikan penduduk Palestin, dan menjadikan “Negara yahudi”.

Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas berlepas ke Mesir Oktober depan.

Khamis, 18/09/2008 –Sumber-sumber Palestin memberitahu bahawa satu perwakilan yang besar dari pergerakan Hamas dijadualkan akan bertolak ke Kaherah Oktober depan bagi mengadakan dialog dua hala dengan pegawai-pegawai Mesir.

Categories
Berita Semasa

Qaddoumi : Oslo di selar.

Khamis, 18/09/2008 –Kepala Jabatan Politikal PLO, Farouq Al-Qaddoumi, mengecam perjanjian Oslo yang mengatakan ia adalah sejarah buruk penduduk Palestin dan perjuangannya.

Perjanjian Oslo menyelar perjuangan penduduk Palestin dan menggambarkan penduduk Palestin sebagai minoriti dan asing , dia menghuraikan dalam satu temubual dengan akhbar Al-Quds Al-Arabi , Rabu lepas.

Categories
Berita Semasa

Khudari mengecam penutupan lintasan diulang.

Isnin, 15/09/2008 –MP Jamal Al-Khudari, Ketua Jawatankuasa Anti Pengepungan , telah mengecam rejim Zionis kerana penutupan lintasan perdagangan Gaza untuk sebab-sebab remeh-temeh

Categories
Berita Semasa

Seorang pemuda Palestin dijumpai mati di sebuah terowong di Rafah.

Jumaat, 12/09/2008 –Seorang pemuda Palestin bernama Hani Khalafallah, 22, telah dijumpai meninggal dunia setelah jatuh ke dalam satu terowong setinggi 15 meter yang masih dalam pembinaan dekat sempadan Egyptian-Palestinian di Rafah.

Categories
Berita Semasa

Gerakan Memecah Kepungan Gaza Dari Mesir Di Tahan.

Khamis, 11/09/2008 –Pihak berkuasa Mesir Rabu lalu satu rombongan Mesir terdiri daripada para aktivis dan anggota parti politik daripada bergerak ke Semenanjung Gaza, menurut peserta dalam perarakan itu.

Categories
Berita Semasa

Israel Mahu Menekan Hamas ?

Khamis, 11/09/2008 – Sebahagian anggota keselamatan Israel telah menyeru kerajaan penjajah Israel supaya menghentikan perjanjian damai dengan Gerakan Hamas di semenanjung Gaza dengan harapan tindakan itu akan menekan Hamas untuk membuka semula rundingan terhadap Gilad Shalit.

Categories
Berita Semasa

Fayyad : Gunting Dalam Lipatan ?

Rabu, 10/09/2008 –Gerakan Al-Ahrar Palestin pada Selasa lepas telah menuduh Perdana Menteri Palestin yang tidak sah di bandar Ramallah, Salam Fayyad, telah mengambil beberapa langkah menentang biro PLO dengan tujuan untuk membubarkan keseluruhan pertubuhan tersebut.

“Apa yang telah dan sedang di lakukan oleh Salam Fayyad adalah langlah membinasakan bagi tujuan mengosongkan PLO dari dasarnya bagi tujuan membubarkannya dengan sokongan Amerika-Israel.” Kenyataan di keluarkan oleh mereka yang keluar parti dan salinannya di perolehi oleh PIC.

Categories
Berita Semasa

Hamas : Gaza Perlu Dibebaskan.

Rabu, 10/09/2008 –Pergerakan Hamas pada Isnin lalu meminta menteri-menteri luar Arab yang bersidang di dalam Kaherah hari ini agar menerima keputusan segera dan praktikal bagi memecahkan kepungan di Gaza.

Categories
Berita Semasa

PFLP-GC: Idea untuk menghantar kuasa Arab ke Gaza tidak serius.

Selasa, 09/09/2008 –Pencabar utama untuk Liberasi Palestin, General Command, telah mengisytiharkan bahawa idea pembangkang untuk menghantar kuasa-kuasa Arab ke Semenanjung Gaza, sebagai “tidak bersungguh-sungguh”.

Categories
Berita Semasa

Pengepungan Gaza Langgar Hak Asasi.

Isnin, 08/09/2008 –Dr. Eyad Al-Sarraj, pengasas program kesihatan mental komuniti Gaza Sabtu lalu mengumumkan kempen rakyat Palestin bagi peringkat antarabangsa untuk menamatkan pengepungan bercadang mengumpulkan sejuta tandatangan dari warga Gaza dan mengemukakannya dalam satu dokumen kepada PBB bagi menggesa agar dibuat keputusan segera supaya pengepungan yang zalim di Semenanjung Gaza dapat ditamatkan.

Categories
Berita Semasa

Salurkan wang ke Palestin.

Jumaat, 05/09/2008 –Dr. Mohamed Al-Madhoun, ketua biro kakitangan awam, merayu kepada Amir Qatar Sheikh Hamad Al Thani dan negara-negara penderma, yang memberi pembiayaan kepada Palestin untuk pembayaran gaji kakitangan awam, supaya membuat susulan kemana dana-dana tersebut diagihkan.