
Rabu,23/4/2008 –Gerakan Hamas telah menyatakan penolakan mereka terhadap syarat yang diutarakan oleh Condoleezza Rice selaku setiausaha kerajaan Amerika untuk gerakan tersebut semasa lawatannya ke Bahrin Isnin lepas dengan menyatakan bahawa pentadbiran Amerika tidak mengiktiraf Gerakan tersebut maka sekaligus tidak boleh menyatakan sebarang terma.
Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Mishaal mengesahkan pada Isnin lalu bahawa pergerakannya tetap dengan pendirian untuk menubuhkan sebuah negara Palestin berdasarkan sempadan tahun 1967 dengan Baitulmuqaddis sebagai ibunegaranya namun tidak mengiktiraf pendudukan Israel terhadap Palestin.










