Categories
Berita Semasa

Lonjakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam penahanan pentadbiran terhadap tahanan Palestin

Rabu, 11/02/2026 – Pusat Kajian Tahanan Palestin telah mengesahkan bahawa rejim Zionis telah meningkatkan perintah penahanan terhadap tahanan Palestin dengan ketara, sebagai sebahagian daripada dasar sistematik yang bertujuan untuk menamatkan nyawa mereka di balik penjara tanpa asas undang-undang, yang nyata melanggar batasan undang-undang antarabangsa ke atas amalan tersebut.

Dalam satu kenyataan akhbar, Pengarah Pusat dan penyelidik Riyad Al-Ashqar berkata bahawa sejak bermulanya pembunuhan beramai-ramai di Gaza, penggunaan tahanan pentadbiran telah meningkat. Bilangan tahanan pentadbiran meningkat daripada kira-kira 1,300 sebelum 7 Oktober 2023, kepada lebih daripada 3,500 menjelang Februari 2026, peningkatan yang mengejutkan sebanyak 270%.

Al-Ashqar menegaskan bahawa ini bukan lonjakan rambang, tetapi strategi yang disengajakan untuk memastikan seramai mungkin pemimpin Palestin dipenjarakan, merosakkan masa depan, kehidupan, dan keupayaan mereka untuk mengambil bahagian dalam masyarakat.

Penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

GMO: 1,520 pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza sepanjang 115 hari

Rabu, 11/02/2026 – Pejabat Media Kerajaan (GMO) di Gaza mendedahkan pada hari Rabu bahawa tentera Israel telah melakukan 1,520 pelanggaran terhadap perjanjian gencatan senjata semenjak ia berkuatkuasa pada 10 Oktober 2025 hingga ke hari ini.

Pelanggaran tersebut telah menyebabkan 559 rakyat Palestin terkorban dan 1,500 orang cedera, susulan pelanggaran sistematik terhadap terma gencatan senjata serta undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Menurut kenyataan itu, pelanggaran berkenaan berlaku sepanjang 115 hari dan merangkumi 522 insiden tembakan, 73 pencerobohan kenderaan ketenteraan ke kawasan perumahan, 704 serangan udara dan serangan bersasar, serta 221 perobohan rumah dan pelbagai bangunan.

Penterjemah : Neina

Categories
Berita Semasa

Pertahanan awam Gaza menolak dakwaan rejim zionis tentang ambulans

Rabu, 11/02/2026 – Pengarah Pertahanan Awam Gaza, menolak dengan tegas pada Rabu terhadap dakwaan rejim zionis yang ambulans digunakan untuk membawa rakyat Palestin bersenjata. Tuduhan itu didakwa tidak berasas.

Dalam satu kenyataan rasmi, pengarah menegaskan yang ambulans-ambulans tidak pernah digunakan oleh mereka yang bersenjata, sekaligus menolak naratif rejim zionis.

Ia menjelaskan yang para individu di dalam video dikongsi tentera rejim adalah ahli polis awam, yang membawa senjata peribadi ketika menjalankan tugas menyelia pergerakan ambulans dan pemindahan mereka yang cedera, bukannya militan seperti yang didakwa.

Penterjemah : Nuridawati

Categories
Berita Semasa

54 mayat dan 66 kotak jenazah para syuhada dari Gaza diserahkan.

Rabu, 11/02/2026 –Pada petang Rabu lepas, pasukan pendudukan Israel menyerahkan mayat 54 syuhada Palestin dari Semenanjung Gaza, sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tahanan dan penghentian permusuhan.

Kementerian Kesihatan menyatakan dalam satu kenyataan bahawa 54 mayat tiba di Kompleks Perubatan Al-Shifa, bersama-sama dengan 66 kotak berisi mayat dan organ manusia, yang telah diserahkan melalui Palang Merah oleh pendudukan Israel.

Kementerian itu menyatakan bahawa pasukan perubatan terus mengendalikan mayat mengikut prosedur dan protokol perubatan yang diluluskan, dan dengan kerjasama pihak berkuasa dan jawatankuasa yang berkaitan, sebagai persediaan untuk melengkapkan proses pemeriksaan dan dokumentasi serta penyerahan mayat kepada keluarga para syuhada.
Dalam konteks yang sama, jawatankuasa orang hilang dan mayat tidak dikenali di Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza mengumumkan pada hari Isnin bahawa bilik pengenalan untuk mayat lima belas syuhada yang diterima daripada pendudukan pada 30 Januari telah diaktifkan

Jawatankuasa itu menjelaskan dalam satu kenyataan bahawa pengaktifan bilik pengenalan bertujuan untuk mengesahkan identiti para syuhada, bagi melengkapkan prosedur undang-undang dan mengebumikan mereka dengan cara yang memelihara maruah mereka.

Jawatankuasa itu menyeru keluarga mangsa yang hilang dan saudara-mara mereka yang mempunyai saudara mara yang hilang untuk hadir dan mengambil bahagian dalam proses pengenalpastian, bagi menyumbang kepada penamatan penderitaan pencarian dan membolehkan keluarga menerima mayat anak lelaki mereka.

Sejak perjanjian gencatan senjata ditandatangani Oktober lalu, pihak penjajah telah menyerahkan 90 mayat, sementara tiada maklumat yang tepat tentang bilangan mayat yang ditahan atau tarikh penyerahan kumpulan baharu mayat tersebut.

Penterjemah : Juhari

Categories
Berita Semasa

Enam warga Palestin cedera akibat serbuan rejim Zionis Israel.

Khamis, 05/02/2026 – Enam rakyat Palestin cedera pada petang Selasa apabila pasukan pendudukan Israel (IOF) menyerbu Jericho, di timur Tebing Barat. Sumber tempatan melaporkan bahawa tiga pemuda ditembak dengan peluru hidup semasa pertempuran dengan pasukan IOF.

Selain itu, seorang wanita cedera selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan tentera Israel. Bulan Sabit Merah Palestin menyatakan bahawa krunya merawat dua pemuda yang telah diserang secara fizikal oleh tentera Israel semasa konfrontasi di kawasan kejiranan “Katf Al-Wad” di Jericho dan memberikan mereka pertolongan cemas.

Penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Enam warga Palestin cedera akibat serbuan rejim Zionis Israel.

Khamis, 05/02/2026 – Enam rakyat Palestin cedera pada petang Selasa apabila pasukan pendudukan Israel (IOF) menyerbu Jericho, di timur Tebing Barat.Sumber tempatan melaporkan bahawa tiga pemuda ditembak dengan peluru hidup semasa pertempuran dengan pasukan IOF.

Selain itu, seorang wanita cedera selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan tentera Israel. Bulan Sabit Merah Palestin menyatakan bahawa krunya merawat dua pemuda yang telah diserang secara fizikal oleh tentera Israel semasa konfrontasi di kawasan kejiranan “Katf Al-Wad” di Jericho dan memberikan mereka pertolongan cemas.

Penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis mengepung Masjid Lama, menahan jemaah berhampiran Ramallah

Rabu, 28/01/2026 – Pasukan penajah rejim Zionis Israel (IOF) mengepung Masjid Lama di kampung Kafr Ni’ma, barat Ramallah, pada petang Ahad, menahan beberapa jemaah di dalamnya semasa serbuan mereka ke atas kampung itu.

Menurut sumber tempatan, IOF menyerbu Kafr Ni’ma, melepaskan bom tangan pegun dan gas pemedih mata di sekitar masjid dan di kawasan kejiranan berdekatan, mencetuskan panik dan ketakutan, terutamanya dalam kalangan wanita dan kanak-kanak.

Sumber itu menambah bahawa pasukan IOF telah mengetatkan langkah keselamatan dan menghalang penduduk daripada menghampiri masjid semasa para jemaah ditahan, tanpa maklumat tersedia mengenai bilangan atau keadaan mereka yang ditahan.

Penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Pejabat Media Asra: 40 wartawan Palestin ditahan di penjara Israel

Rabu, 28/01/2026 – Pejabat Media Asra melaporkan bahawa 40 wartawan Palestin, termasuk lelaki dan wanita, kini ditahan di penjara Israel.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad lalu, pejabat itu menyatakan bahawa dua daripada wartawan tersebut, Nidal al-Wahidi dan Haitham Abdul Wahid, dari Semenanjung Gaza, kekal menjadi mangsa yang hilang, tanpa sebarang maklumat mengenai keberadaan mereka.

Sejak 7 Oktober 2023, jumlah tangkapan dan penahanan yang mensasarkan wartawan dan petugas media telah mencecah kira-kira 220 kes.

Penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Para Patriark Jerusalem Tolak Zionisme Kristian

Rabu, 28/01/2026 –Para patriark dan ketua-ketua gereja di Palestin menegaskan penolakan tegas terhadap ideologi “Zionisme Kristian”, yang disifatkan hanya menguntungkan kepentingan pendudukan Israel serta mengancam kelangsungan kewujudan komuniti Kristian di Tanah Suci.

Dalam satu kenyataan media, mereka menegaskan bahawa perwakilan umat Kristian di Palestin dan Tanah Suci merupakan tanggungjawab eksklusif gereja-gereja bersejarah, dan memberi amaran terhadap individu atau inisiatif yang mendakwa mewakili agama Kristian di luar struktur rasmi gereja. Tindakan sedemikian disifatkan mengelirukan pendapat umum, menjejaskan perpaduan komuniti, serta melayani agenda politik yang memudaratkan kehadiran Kristian di Jerusalem dan wilayah sekitarnya.

Para pemimpin gereja turut menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap sokongan politik dan antarabangsa yang diberikan kepada individu-individu tersebut, yang dianggap sebagai campur tangan dalam urusan dalaman gereja serta penafian terhadap autoriti pastoral gereja-gereja apostolik yang telah memikul tanggungjawab ini sejak berabad-abad lamanya.

Kenyataan itu menegaskan bahawa hanya para patriark dan ketua gereja mempunyai mandat sah untuk mewakili komuniti Kristian dalam perkara keagamaan, sosial, dan pastoral di Tanah Suci.

Penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Hamas: Serangan Aqsa Ben Gvir mencerminkan komitmen Israel terhadap perang agama

Isnin, 19/01/2026 – Pergerakan Hamas mengatakan bahawa serangan ke atas Masjidil Aqsa oleh Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben Gvir, merupakan satu “serangan terang-terangan” dan provokasi yang disengajakan, sambil menekankan bahawa ia termasuk dalam dasar sistematik yang bertujuan untuk mencemarkan tempat-tempat suci Islam dan mengenakan fakta baharu ke atas tanah untuk meng-Yahudikan Baitulmuqaddis yang dijajah.

Dalam satu kenyataan pada hari Selasa, Hamas berkata serangan itu menunjukkan desakan kerajaan sayap kanan ekstremis Israel untuk meneruskan “perang agama” terhadap Masjidil Aqsa dan kota suci itu, mengambil kesempatan daripada apa yang digambarkannya sebagai tindak balas Arab dan Islam yang “lemah dan tidak jelas” terhadap pencerobohan sebelumnya.

Hamas memberi amaran tentang akibat daripada peningkatan ini, menegaskan bahawa Aqsa adalah “garisan merah” dan rakyat Palestin akan terus mempertahankannya daripada percubaan untuk mengenakan realiti baharu secara paksa.

Penterjemah : Hairul


Categories
Berita Semasa

Hamas Kecam Cubaan Padam Identiti Palestin Dalam Kurikulum UNRWA di Lubnan

Isnin, 19/01/2026 – Kemarahan meluas tercetus di seluruh kem dan komuniti Palestin di Lubnan susulan tindakan yang dikaitkan dengan UNRWA (Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin), yang dilihat sebagai satu serangan langsung terhadap identiti kebangsaan Palestin.

Tindakan ini dilaporkan merangkumi pengguguran perkataan “Palestin” daripada bahan pendidikan serta larangan penggunaan simbol-simbol kebangsaan di sekolah dan institusi UNRWA. Sebagai tindak balas, Jabatan Tindakan Popular Hamas di Lubnan mengeluarkan satu kenyataan mendakwa UNRWA merancang dan melaksanakan satu kempen sistematik yang menyasarkan identiti Palestin serta simbol-simbolnya.

Penterjemah : Neina

Categories
Berita Semasa

Serbuan dan tangkapan Israel meningkat di seluruh Tebing Barat

Rabu, 14/01/2026 – Pasukan pendudukan Israel meningkatkan serbuan dan operasi ketenteraan mereka pada petang Isnin di beberapa bandar dan pekan di seluruh Tebing Barat. Pencerobohan ketenteraan ini melibatkan serbuan ke rumah-rumah, tangkapan, serta sekatan pergerakan.

Di Baitulmaqdis yang diduduki, pasukan besar Israel menyerbu kem pelarian Shuafat dan dikerahkan di jalan-jalan serta kawasan kejiranannya, sambil melepaskan bom bunyi dan gas pemedih mata. Sumber tempatan melaporkan serbuan ke atas rumah-rumah dan serangan fizikal terhadap penduduk, sekali gus mencetuskan ketegangan meluas, walaupun tiada kecederaan atau tangkapan disahkan pada waktu laporan dibuat. Serbuan seperti ini kerap berlaku sebagai sebahagian daripada dasar tekanan yang lebih luas terhadap rakyat Palestin di Baitulmaqdis.

Di utara Ramallah, pasukan Israel merosakkan beberapa kenderaan, termasuk sebuah ambulans, di sekatan tentera Ein Siniya. Pasukan Israel dilaporkan meletakkan “jalur paku” di hadapan sebuah ambulans milik majlis perbandaran, menyebabkan tayarnya bocor dan turut merosakkan kenderaan lain yang melalui laluan sama. Mereka juga menutup sekatan Atara, mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

9 Rakyat Palestin Syahid 

Selasa, 13/01/2026 – Sembilan rakyat Palestin syahid pada hari Khamis dalam satu siri pelanggaran Zionis terhadap perjanjian gencatan senjata yang rapuh, termasuk serangan udara, tembakan artileri, dan tembakan dari kenderaan tentera yang menyasarkan pelbagai kawasan di seluruh Semenanjung Gaza yang dikepung.

Sumber perubatan mengesahkan bahawa seorang  syahid   dan yang lain cedera selepas serangan Zionis mengenai sebuah khemah yang melindungi orang-orang terlantar di barat Menara Faisal, barat laut Deir al-Balah di tengah Gaza.

Kemudian pada waktu petang, sumber tempatan melaporkan pembunuhan Kamal Abdulrahman Awad, 43, dan tiga kecederaan, seorang kritikal, dalam serangan udara Zionis di kawasan Al-Atatra di Al-Mawasi, Khan Yunis.

Satu lagi sumber tempatan melaporkan bahawa Ibrahim Subuh syahid apabila pasukan Zionis mengebom Sekolah Abu Hussein, yang menempatkan keluarga-keluarga yang kehilangan tempat tinggal di utara Gaza.

Terdahulu, sumber perubatan mengatakan empat rakyat Palestin  syahid   dan yang lain cedera dalam serangan dron berani mati yang menyasarkan khemah penempatan pelarian di Jalan 5 di Al-Mawasi, Khan Yunis.

Seorang lagi rakyat Palestin  syahid   akibat tembakan dron Zionis berhampiran bulatan Bani Suheila, timur Khan Yunis.

Kemudian pada sebelah petang, pesawat perang Zionis melancarkan dua lagi serangan udara ke atas Al-Atatra di Al-Mawasi, Khan Yunis.

Terdahulu pada hari itu, seorang kanak-kanak Palestin telah ditembak dan  syahid oleh tentera Zionis di utara Gaza. Sumber tempatan mengesahkan kanak-kanak itu, Hamsa Nidal Houso, 11, telah ditembak mati oleh tembakan Zionis di kawasan Fallujah, barat kem Jabalia.

Beberapa orang awam juga cedera apabila pasukan Zionis mengebom Sekolah Abu Hussein di kem Jabalia.

Pasukan pertahanan awam melaporkan seorang kanak-kanak cedera akibat tembakan Zionis di kawasan kejiranan Al-Zaytoun, tenggara Bandar Gaza, semasa pengeboman berterusan di kawasan perumahan dan kem penempatan.

Pengeboman artileri Zionis berterusan sejak subuh di seluruh timur Gaza, termasuk di sekitar Tel Al-Akhdar, timur kem Al-Bureij.

Sumber tempatan berkata kereta kebal dan helikopter Zionis melepaskan tembakan ke kawasan timur Al-Bureij.

Pasukan Zionis juga melepaskan tembakan berat dan melepaskan tembakan peluru asap berhampiran Jalan Kissufim, timur Deir al-Balah.

Bot tentera laut Zionis melepaskan tembakan di pantai Rafah di selatan Gaza.

Pesawat perang Zionis melancarkan dua serangan udara awal Khamis yang menyasarkan timur Bandar Gaza, dan dua lagi di utara, di samping tembakan darat yang kuat dari kenderaan tentera ke arah kawasan kejiranan timur bandar itu.

Kemudian, pesawat Zionis melancarkan serangan berhampiran Hospital Hamad di barat laut Bandar Gaza, tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

Kereta kebal juga melepaskan tembakan ke arah kawasan timur dan selatan Khan Yunis.

Malam tadi, sekurang-kurangnya dua orang  syahid   dan yang lain cedera dalam serangan udara  Zionis ke atas sebuah rumah yang didiami milik keluarga Al-Alwan di kawasan kejiranan Al-Tuffah, timur Bandar Gaza.

Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan bahawa, sehingga Khamis, jumlah kematian akibat pembunuhan beramai-ramai Zionis sejak 7 Oktober 2023, telah meningkat kepada 71,395 syahid manakala 171,287 yang lain cedera.

Menurut kementerian itu, sejak gencatan senjata diisytiharkan pada 11 Oktober 2025,  Zionis telah membunuh 425 rakyat Palestin dan mencederakan 1,206 yang lain dalam pelanggaran gencatan senjata.

Penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Media Gesa Campur Tangan Dera Wanita Palestin

Jumaat, 09/01/2026 – Tahanan wanita Palestin di penjara Damon telah mengalami serangan ganas berulang kali dan layanan yang memalukan sejak kebelakangan ini, sebagai sebahagian daripada dasar penindasan yang semakin meningkat yang dilaksanakan terhadap mereka atas arahan menteri keselamatan haluan kanan Itamar Ben Gvir.

Menurut Pejabat Media Asra, memetik sumber yang dimaklumkan, pasukan Zionis telah menjalankan serbuan ganas berulang kali ke atas sel-sel tahanan wanita di penjara Damon sepanjang bulan Disember.

Semasa serbuan tersebut, askar memaksa wanita yang ditahan untuk berbaring terlentang di atas lantai, menggeledah sel-sel, menggunakan anjing untuk menakutkan mereka, dan melepaskan sekurang-kurangnya satu bom tangan pegun di dalam bahagian tempat mereka ditahan.

Asra Media menambah bahawa tahanan wanita di penjara Damon sudah pun mengalami kesejukan di dalam sel, terutamanya pada waktu malam, kerana mereka dilarang tidur memakai jaket musim sejuk, sementara tingkap tanpa kaca membiarkan udara sejuk meresap masuk, sekali gus meningkatkan lagi seksaan fizikal dan psikologi mereka.

Asra Media merayu kepada kumpulan hak asasi manusia antarabangsa untuk mengambil tindakan segera bagi menamatkan penderitaan wanita Palestin di penjara Damon.

Penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Peneroka Ekstrim Tutup Jalan Pertanian di Tebing Barat

Jumaat, 09/01/2026 – Sekumpulan besar peneroka Yahudi ekstrim telah menyekat beberapa jalan pertanian yang digunakan oleh petani Palestin di Dataran Beit Furik, timur Nablus, di Tebing Barat pada hari Selasa.

Menurut sumber setempat, peneroka yang datang dari sebuah pos penempatan haram yang didirikan berhampiran dataran tersebut telah menutup beberapa jalan pertanian dengan timbunan tanah dan batu.

Penutupan jalan-jalan tersebut telah menghalang petani Palestin daripada memasuki serta mengusahakan tanah pertanian mereka.

Penterjemah : Neina