Jawatankuasa keluarga mengesahkan tangkapan politik masih berterusan walaupun dalam fasa perbincangan perpaduan negara

Rabu , 28/12/2011 – Jawatankuasa Keluarga Tahanan Penjara berunsur Politik berkata bahawa ejen keselamatan pihak berkuasa Palestin (PA) masih melakukan tangkapan politik secara rambang di Tebing Barat walaupun fasa perbincangan ke arah perpaduan negara masih berlangsung antara gerakan Fatah dan Hamas.

Dalam satu kenyataan media bersama Persatuan Belia Muslim, jawatankuasa tersebut menyeru semua rakyat Palestin supaya menyertai protes ke-25 yang diadakan bagi mengutuk pencabulan terhadap hak-hak kebebasan di Tebing Barat. Protes itu akan menuntut supaya PA menamatkan aktiviti tangkapan politik terhadap rakyat Palestin dan ketidakadilan dalam proses pemecatan penjawat awam hanya kerana hubungan politik mereka.

“Pencabulan kebebasan merencatkan perbincangan” akan menjadi slogan protes tersebut yang dijangka diadakan pada hari Khamis di Bandar Al-Khalil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa