Categories
Berita Semasa

Israel Lanjutkan Penahanan 106 Kanak-Kanak Palestin

Rabu , 28/12/2011 – Gerakan Antarabangsa Untuk Membela Kanak-Kanak menyatakan bahawa otoriti Israel terus melanjutkan penahanan 106 anak-anak Palestin. Disebutkan bahawa keadaan penahanan mereka sangat buruk. Terdapat pelanggaran undang-undang antarabangsa berkait penahanan kanak-kanak, terutama Konvensyen Genewa keempat.

Ayid Abu Qatis, Ketua Bahagian Pembelaan dalam keterangan akhbarnya menyambut pembebasan 55 kanak-kanak dalam tahap II persepakatan pertukaran tawanan menjelaskan bahawa proses pembebasan kanak-kanak dalam persepakatan pertukaran mencerminkan tidak wujudnya motif yang baik dari pihak Israel. Pembebasan mereka berlaku ketika tempoh tahanan mereka hampir tamat, sebahagiannya akan dibebaskan seminggu lagi atau lebih dari waktu pertukaran tawanan.

Gerakan yang memiliki cabang di wilayah Palestin ini menyebutkan bahaya dari cara yang digunakan penjajah Israel dalam proses penangkapan mahupun penahanan anak-anak adalah sangat buruk, terutama menghina kanak-kanak di mahkamah Israel dan tidak adanya standard pengadilan bagi kanak-kanak di mahkamah militan Israel.

sumber : COMES
penterjemah : osman