Serangan rejim Zionis, warga tua terbunuh

Jumaat, 16-03-2012 – Serangan udara oleh rejim Zionis pada tengahari Ahad lalu telah mengorbankan seorang lelaki Palestin berusia 60 tahun dekat kawasan perniagaan di Bandar Gaza, kata sumber tempatan kepada Pusat Informasi Palestin (PIC). Menurut mereka, warga emas yang terbunuh itu, Adel Isy, merupakan seorang pengawal keselamatan kepada ladang keluarga Wahidi yang menjadi sasaran serangan rejim Zionis.

Seorang kanak-kanak Palestin dan seorang pengantin baru juga terbunuh pada awal Ahad lepas dalam dua serangan berbeza yang dilakukan oleh rejim Zionis, manakala 4 orang yang lain tercedera. Mangsa terbaru ini menjadikan angka korban rakyat Palestin seramai 18 orang dalam serangan bertubi-tubi oleh rejim Zionis ke atas Gaza yang bermula Jumaat lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa

1 thought on “Serangan rejim Zionis, warga tua terbunuh

Comments are closed.