Isnin, 19-03-2012 – Sekumpulan peneroka Israel bersenjata menyerang, pada hari Selasa petang, Kampung Qarawat Bani Zeid, utara pusat bandar Tebing Barat Ramallah, dan menyerang beberapa penduduk menyebabkan satu kecederaan.
Sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa peneroka-peneroka bersenjata menyasarkan sumber mata air yang terdapat dalam kampung itu, dan dinyatakan, sebaik tiba di tempat kejadian, para peneroka menyerang beberapa belia yang sedang duduk berhampiran kawasan mata air tersebut.
Seorang penduduk Amir Jom’an cedera ringan dalam serangan tersebut, dan menerima rawatan daripada anggota perubatan tempatan. Peneroka-peneroka juga melepaskan pusingan peluru hidup ke udara ketika melarikan diri dari kampung tersebut; tiada kecederaan dilaporkan.
sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas