Berpuluh-puluh Askar dan Peneroka Menceroboh Masjid Aqsa

Rabu , 04/07/2012 – Berpuluh-puluh tentera Israel dan peneroka memecah masuk kedalam Masjid Aqsa pada isnin lepas dalam tiga kumpulan dan berkeliaran di dalam plaza.

Yayasan Aqsa untuk Endowmen dan Warisan (AFEH) berkata, salah seorang daripada Pegawai Israel berjalan bersebelahan pekerja yang sibuk menjalankan kerja pembaikan di dalam Aqsa dan mengambil gambar mereka.

Ia berkata didalam akhbar bahawa Pihak berkuasa penempatan Israel tiada hak untuk campur tangan didalam urusan dan hal ehwal Masjid Aqsa, yang mana ia adalah tanggungjawab Jabatan Wakaf.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : huda