Categories
Berita Semasa

Mishaal: Penentangan dan mati syahid ialah langkah strategik kami menuju pembebasan

Rabu , 04/07/2012 – Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaled Mishaal berkata, penentangan dan mati syahid akan tetap menjadi pilihan strategic gerakan itu untuk mencapai pembebasan Palestin.

Sewaktu berucap di majlis berkabung untuk Allahyarham Kamal Ghannaja yang ditemui meninggal dunia di pangsapurinya di Damsyik beberapa hari lalu dan dikebumikan di Amman, Mishaal berkata semua media dan gerakan politik akan meneruskan strategi itu.

Beliau berkata, strategi lain tidak berupaya mendapat hasil seperti itu. Mishaal turut menyatakan puji-pujian kepada para syuhada yang telah berkorban demi Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati