Khamis, 22-11-2012 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh menelefon ketua Biro Politik Pergerakan Hamas, Khaled Mishaal di mana kedua-dua pemimpin membincangkan usaha terbaru untuk menghentikan pencerobohan di Gaza serta langkah melindungi rakyat Palestin.
Meshaal dalam satu sidang akhbar di Kaherah menekankan, pergerakan itu menolak semua syarat Israel untuk mengadakan gencatan senjata, sambil menekankan sesiapa yang memulakan perang ini perlu untuk menghentikannya.
Mishaal mengesahkan Hamas hanya akan bersetuju dengan gencatan senjata sekiranya tuntutan mereka dipenuhi. “Kami tidak akan menerima syarat Israel kerana mereka adalah penyerang,” katanya. “Kami mahu gencatan senjata bersama dengan memenuhi permintaan kami.”
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz