
Rabu , 21-11-2012 – Waktu Subuh Isnin lalu telah melihatkan lebih banyak kematian dan kecederaan penduduk Palestin dalam serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 83 mangsa.
Bilangan penduduk Palestin yang cedera juga telah meningkat kepada 710 pagi ini dalam serangan udara Israel yang membawa maut di kawasan awam penduduk Gaza.
Pada kira-kira 06:15 pagi di Gaza, seorang gadis kecil yang bernama Rama Ashendi dibunuh selepas rumah keluarganya dibom di Azzeitoun, timur Gaza.
Empat orang awam lain termasuk kanak-kanak, dua wanita dan seorang lelaki terbunuh manakala lebih 35 yang lain kebanyakannya kanak-kanak, cedera dalam serangan udara Israel ke atas rumah mereka di kawasan kejiranan yang sama.
Tujuh kanak-kanak dari keluarga Azzam juga mengalami kecederaan serius.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz