Ahrar Ingatkan Bahaya Persefahaman Politik Antara Otoriti Palestin dan Netanyahu

Isnin, 25/02/2013 – Gerakan Ahrar Palestin mengingatkan tentang bahaya apa yang disebut sebagai isolasi politik antara perdana menteri Zionis, Benyamin Netanyahu dan pihak Otoriti Palestin di Ramallah.

Gerakan Al-Ahrar dalam pernyataanya Khamis (21/2) mengatakan, persefahaman politik antara pihak Otoriti Palestin dan Netanyahu merupakan ancaman atas masa depan penyelesaian isu yang semakin muram.

Beliau menegaskan, kesepakatan dan perundingan serta solusi perdamaian adalah dua perkara yang tak mungkin bertemu. Beliau menyeru agar memberikan keutamaan bagi terlaksananya penyelesaian dan pelaksanaan dari agendanya secara detail.

Sebelumnya, Netanyahu mengisyaratkan pada pemerintah Otoriti Palestin bahawa pihaknya akan lebih lunak dengan tujuan memulakan kembali dialog, sebelum kunjungan presiden Amerika, Barack Obama dalam waktu terdekat ini. Beliau menganjurkan pertemuan untuk membentuk pemerintahan yang lebih luas lagi. Apatah lagi setelah kemenangan partinya, Likud dalam pilihanraya Zionis baru-baru ini dengan kemenangan 31 kerusi di parlimen Knesset.

sumber : COMES
penterjemah : osman