Nelayan Palestin cedera akibat tembakan tentera laut Israel

Isnin, 25/02/2013 – Seorang nelayan Palestin cedera pada petang Khamis selepas sebuah kapal perang tentera laut Israel menembak bot nelayan di luar pantai utara Gaza.

Saksi memberitahu wartawan PIC bahawa Ayman Kabaja, 34 tahun, telah ditembak dengan peluru dan dibawa ke hospital.
Tentera laut Israel terus mengejar nelayan Palestin dan bot mereka di luar Gaza walaupun perjanjian tenang dicapai dengan naungan Mesir.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada