Israel Beri Tekanan Pada Tahanan Mogok Lapar di Klinik Penjara Ramle.

Isnin , 24-06-2013 – Pihak berkuasa Israel terus mengenakan tekanan ke atas tahanan Palestin dan Jordan yang sedang mogok lapar dalam usaha untuk memaksa mereka menghentikan tindakan mereka.

Seorang tahanan, Ayman Issa Hamdan dari Betlehem, yang telah melancarkan mogok lapar sejak 28 April menyatakan bahawa “pentadbiran penjara Israel mengenakan tekanan yang besar ke atas beliau dan tahanan lain yang menyertai mogok lapar ,” sambil menekankan bahawa beliau akan terus mogok sehingga dibebaskan.

Persatuan Tahanan Palestin (PPS) memetik kenyataan Hamdan, yang ditahan di klinik penjara Ramle, sebagai berkata bahawa dia mengalami keadaan kesihatan yang serius dan sakit teruk di seluruh badan beliau.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda