
Isnin , 24-06-2013 – Pusat Penyelidikan Persatuan Pengajian Tanah Arab mendedahkan penjajah Israel sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan di penempatan Susiya yang dibina di atas tanah yang dirampas di bandar Yatta, selatan Al-Khalil, Tebing Barat .
Dalam satu kenyataan Khamis lalu, Pusat itu memberitahu penempatan telah menyaksikan kerja-kerja pembinaan dijalankan dalam dua tahun lalu dan hampir dua puluh unit penempatan baru telah dibina di sebelah selatan-timur penempatan itu.
Pusat Penyelidikan itu menyatakan peneroka telah memusnahkan kira-kira dua dunum tanah rakyat, yang telah dirampas baru-baru ini di sebelah utara penempatan sebagai persediaan untuk membina unit penempatan baru dan jalan raya.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz