October 31, 2007

Zionis Israel tahan dua orang ibu supaya anak-anak tertekan

Written by


Rabu, 31/10/07 – QALQILIA, (PIC)—Tentera Zionis menahan 2 orang ibu Palestin Selasa lalu di Qalqilia, Tebing Barat sebagai usaha untuk memberi tekanan kepada anak-anak mereka dan menahan dua lagi lelaki muda di Bandar itu. Persatuan Nafha yang memperjuangkan hak asasi manusia dan hak-hak tahanan menegcam tindakan rejim Zionis menahan Firdous Al-Samman, ibu kepada aktivis Palestin yang dikehendaki serta Kawther Abu Dhiab,ibu kepada dua lelaki muda yang di tahan di penjara Israel sejak lebih daripada 6 bulan yang lalu.

Di perkampungan Arka yang terletak di Barat Jenin, tentera rejim Zionis melancarkan kempen penangkapan secara besar-besaran selepas melepaskan tembakan dengan menggunakan 20 buah kenderaan bersenjata. Mereka menahan 4,000 orang penduduk untuk beberapa jam sebelum menculik 10 orang pemuda berusia sekitar 20-an sebelum membebaskan yang lainnya.

Di Nablus pula, penduduk kampung Deir Al-Hatab merasa terkejut apabila menyaksikan pohon-pohon zaitun mereka mati setelah pendatang Yadudi di penempatan Alon Moreh membanjirkan ladang-ladang mereka dengan air kumbahan. Penduduk memberitahu bahawa tentera rejim Zionis tidak membenarkan mereka menyemai dan mendapat hasil daripada pohon-pohon zaitun mereka untuk tempoh 6 tahun lepas. Namun, apabila dibenarkan berbuat demikian pada tahun ini, mereka terkejut apabila mendapati air kumbahan membajiri ladang-ladang mereka dan memusnahkan pokok-pokok zaitun.

Category : Uncategorized

Proudly powered by WordPress and Sweet Tech Theme