Israel Akan Dibalas ?


Jumaat, 02/11/07 –Hamas kini telah membuka semua pilihan kepada Briged Qassam dan puak-puak penentang untuk bertindak balas dengan apa cara sekalipun untuk membunuh askar Israel, di mana yang terkini mereka mensasarkan anggota polis Palestin di Khan Younis.


Dalam satu kenyataan yang diterima oleh PIC, Hamas menerangkan jenayah Israel ini hampir sama dengan tindakan jenayah yang dilakukan oleh kumpulan serpihan Fatah yang memberontak dengan polis Palestin bertujuan untuk melemahkan kestabilan dan keselamatan di Semenanjung Gaza.

Hamas menyatakan bahawa serangan Israel ke atas anggota polis hadir setelah saki baki trend pemberontakan yang cuba untuk menggugat keselamatan di Gaza menerusi siri pengeboman terus digagalkan oleh polis Gaza, membuktikan bahawa semua percubaan ini samada dilakukan oleh Israel atau orang bawahan mereka tidak akan berjaya dalam melakukan gangguan dan kekacauan di jalanraya dan kota Gaza.

Dalam pada itu, Briged Al-Qassam sayap bersenjata Hamas memberitahu dalam satu kenyataan bahawa empat polis Palestin yang telah terbunuh semasa serangan udara Israel di ibu pejabat pada petang Selasa lalu di Khan Younis merupakan anggota Briged tersebut