Puluhan Peneroka Haram Yahudi Ceroboh Masjid al-Aqsa

Jumaat , 14-08-2020 –  Sekumpulan peneroka haram Yahudi, dengan dikawal oleh pasukan polis yang besar, telah mencemari Masjid al-Aqsa pada pagi Selasa lalu.

Sumber tempatan mengatakan bahawa kira-kira 90 peneroka haram Israel mencemarkan Masjid al-Aqsa pada awal pagi dan merayau-rayau di halamannya.

Pegawai polis bersenjata berat telah mengiringi para peneroka berkenaan ketika mereka melakukan lawatan ke lokasi dan melakukan upacara Talmud.

Peneroka haram Yahudi memasuki Masjid al-Aqsa hampir setiap hari, dan biasanya akan diikuti dengan larangan masuk yang ketat ke atas jemaah Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul