Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Culik 10 Penduduk Palestin di Tebing Barat

Jumaat , 14-08-2020 –  Tentera Zionis (IOF) pada waktu subuh hari Selasa melancarkan serbuan besar-besaran di rumah dan menangkap sejumlah warga Palestin di kawasan Tebing Barat yang berlainan.

Sumber tempatan mengatakan bahawa IOF menculik sekurang-kurangnya 10 warga Palestin, termasuk seorang lelaki, isterinya, serta dua anaknya dari kediaman mereka di daerah Tebing Barat Ramallah, Bethlehem, Qalqilya, dan al-Khalil.

Di Ramallah, IOF menyerbu kota Beitunia, memecah masuk rumah pemimpin Hamas, Hasan Yousef, dan menyerahkan kepadanya perintah untuk hadir di hadapan Badan Perisikan Israel untuk disoal siasat.

Yousef dibebaskan dari penjara Israel pada 23 Julai setelah 15 bulan penahanan pentadbiran (tanpa tuduhan atau perbicaraan).

Terdapat kira-kira 4,700 orang Palestin yang dipenjarakan di Israel, termasuk 41 tahanan wanita, 160 kanak-kanak, dan 365 tahanan yang ditahan tanpa tuduhan atau perbicaraan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen