Rejim Israel tangkap dua warga Palestin dari Tebing Barat di rumah.

Isnin , 28-09-2020 –  Rejim Zionis Israel menyerbu dua kawasan berbeza di Tebing Barat dan menahan dua warga Palestin di rumah mereka dalam satu operasi yang dijalankan awal pagi Khamis.

Menurut sumber tempatan,  pihak rejim menangkap seorang pemuda bernama Mustafa al-Ramhi di rumahnya di kem penempatan al-Jalazon di utara Ramallah.

Rejim turut menyerbu bandar Kafr Malik dan Silwa yang terletak di Ramallah serta bandar Kaft Qaddum di Qalqily bagaimana pun mendapat tentangan dari pemuda tempatan sebelum berundur tanpa membuat tangkapan. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin