Categories
Berita Semasa

Persefahaman nasional dan cara hadapi.

Selasa , 29-09-2020 –  Kenyataan Persefahaman antara Gerakan Hamas dan Fatah dari Istanbul baru-baru ini adalah penyempurnaan dari Persefahaman Beirut, hasil dari perbincangan mencari titik persamaan dalam rangka mengukuhkan hubungan bagi mendepani segala risiko dan cabaran.

Apa yang terkandung di dalam Persefahaman Istanbul adalah penting sebagai persiapan menghadapi pilihanraya yang akan datang. Sistem yang tidak ketentuan dan pengurusan yang lemah merumitkan

perjalanan pilihanraya. Halangan paling besar adalah pencabulan kebebasan di mana sekatan oleh Zionis Israel masih di kenakan ke atas Gaza.

Pada pilihanraya lepas, pihak berkuasa Palestin gagal mengendalikan pilihanraya walaupun ketika itu mereka mendapat sokongan positif dari Hamis.

Penjajah Israel menggunakan segala macam tekanan baik dari pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan untuk menimbulkan kekecohan dan tekanan di kalangan rakyat Palestin.

Langkah cepat yang di ambil oleh pihak berkuasa Palestin mencapai Persefahaman Beirut dan Istanbul merupakan satu usaha yang terpuji walaupun usaha ini di buat hanya setelah mereka mendapat isyarat

terdapat bahawa Amerika Syarikat akan menggantikan pimpinan kerajaan yang sedia ada persis ketikamana mereka mengangkat Mahmud Abas ketampuk pimpinan sebelum ini. Amerika perlu sedar suasana politik tahun 2004 adalah berbeza di tahun 2020,

Terdapat usaha-usaha normalisasi hubungan dengan penjajah Israi. Diplomasi hubungan, sokongan dan pengiktirafan Liga Arab berkenaan hubungan dengan Israil adalah contoh-contoh normalisasi yang akan membahayakan bukan sahaja rakyat palestine tetapi juga bangsa arab.

Langkah bersepadu dua gerakan ini merupakan usaha untuk memberi kesedaran kepada rakyat berkenaan bahaya normalisasi.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar