Mubarak perlu diajar !

oleh Maszlee Malek

Ramai yang terus mengutuk Israel…malah majoriti penduduk dunia, hatta penduduk AS yang kerajaan mereka menyokong penuh rejim tersebut. Pelbagai alasan tidak logik yang dikemukakan rejim Zionis di media-media barat tidak mendapat imbangan dari kenyataan di pihak Palestin sendiri. Malangnya, sudut yang terlindung di dalam siri ‘holocaust’ terhadap rakyat Gaza ini amat nyata. Rejim Husni Mubarak yang merupakan rakan utama Israel di dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin dibiarkan sahaja.

Demo yang diadakan di negara-negara Islam langsug tidak menyentuh tentnag Mesir. al-Azhar dan para ulamanya diam membisu di atas dosa sang Presiden. Mufti Mesir juga hanya mampu melihat rakyat Gaza dibunuh dan disembelih.Mubarak bukan sekadar bersekongkol dengan Israel membunuh kanak-kanak dan wanita Palestin, malah menangkap dan membantai rakyatnya sendiri yang terlibat di dalam demo mempamerkan solidariti bersama rakyat Gaza.

Selagi Mubarak degil dan bongkak tidak mahu membuka pintu sempadan Gaza-Mesir di Refah, selagi itulah bantuan kemanusiaan tidak akan dapat dibawa masuk. Maknanya makanan akan kehabisan, hospital akan kehabisan bekalan ubatan, rakyat Gaza akan mati secara beramai-ramai!!!

Mubarak hanya tersenyum dan puas hati, kebenciannya terhadap rakyat Palestin dapat dipuaskan. Kemenangan HAMAS yang telah membawa kesan domino kepada kebangkitan rakyat Mesir telah berjaya diredakan. Mubarak bagaikan ingin mengajar dunia dan rakyatnya sendiri…inilah padahnya memilih arus politik Islam, inilah padahnya jika mencabar status-cuo para diktator di bumi Arab.

Mubarak adalah syaitan besar…syaitan yang dilindungi oleh para ulama pengampu dan hipokrit. Demo di hadapan kedutaan Mesir di seluruh dunia amat perlu memaksa mereka membuka pintu sempadan Refah. Memo kepada negara-negara OIC untuk menekan Mesir juga diperlukan. Tekanan politik agar Mubarak membuka pintu sempadan dengan negara-negara Islam memanggil pelajar-pelajar mereka juga perlu….

Moral Mesir dan al-Azhar akan jatuh jika para pelajar dari luar negara beramai-ramai meninggalkan bumi Mesir. Badan-badan fatwa dan para ulama di Malaysia juga mesti berani menyampaikan kata dua kepada Mubarak dan al-Azhar di dalam isu ini.Ini bukan isu main-main, rakyat Gaza sedang menantikan detik-detik kematian…doa dan kutukan sahaja tidak cukup.

Mubarak perlu diajar!

79 thoughts on “Mubarak perlu diajar !

  1. dulu ade kes anwar sadat, menteri mesir sblm bangkitnye mubarak, ditembak tenteranye sendiri, puncanye sbb anwar sadat buat perdamaian antara mesir dan israel setelah berjaya tumbangkan israel. berjaye jugak menawan kembali Sinai yg direbut israel ketika itu.

    syahidnye(point) disini, dulu aku ingat ape yg askar mesir tu buat kire betul la, padan muke ngan anwar sadat kene bunuh.. tp tak.. bile aku tanye alim2,(ulama) mesir sendiri, rupenye ade perancangan disebalik perdamaian tu..
    Wallahu A’lam, tetapi Anwar Sadat merupakan salah seorang pemimpin yg berwibawa juga.. itu la sejarahnye.. tada.. abes cite.. ade pape2 komen, komen lah..

  2. Subhanallah..lailahaillallah…allahuakbar…marilah kte same2 berdoa untuk saudara2 seislam kte yang sedang berjuang…sedekahknlah al-fatihah kepada para syahid..jika ana dberikan peluang..ana akn pergi berjuang…dan lagi satu…jgnlah saudara2 sekalian berbalah sesama sndiri dpage ini…lebih baik kte panjatkn doa ke hadrat illahi…semoga menurunkn bantuan kpada saudara2 kta…ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  3. bukankah diharuskan utk menduduki(jilsah/majlis) as-syura? yakni bermesyuarat? seperti di dalam surah as-syura?..

    doa2 pun, doa juga… tetapi qodiah di dpn mate, tidak salah berbincang.. wallahu a’lam

  4. aku tak puas hati betul laa,yang hangpa dok kutuk ulama’ azhar tu pasal?jgn kurang ajar dengan ulama’.yang bersalah adalah israel,AS dan hosni mubarak.so,yg hangpa dok maki ulama’ azhar tu sapa suruh?aku tau la,aku blajar kat sini.aku tau la macam mana wakik kat sini.yg hangpa tak mai mesir,hangpa tak tau macam mana wakik kat sini.tau kutuk je.maila mesir,stakat maki kat malaysia je apa guna?

  5. Pingback: lfqklngl
  6. inilah masalah utama orang2 Islam. Suka membincangkan persoalan yang menimbulkan kontoversi sedangkan isu sebenar yang dinyatakan tidak pula cuba difahami. Isu yang diketengahkan oleh ustaz maszlee ialah isu kepedulian terhadap nasib palestinians dan peranan yang wajar dimainkan oleh para ulama’ dan cendekiawan al-Azhar. Ustaz maszlee tidak mengutuk apalagi memaki mereka ini. ana banyak mengikuti penulisan ustaz maszlee semenjak beliau di m’sia lagi (sekarang sedang menyambung pelajaran di peringkat phD). Ustaz maszlee memperjuangkan isu Palestin dengan pena dan ilmu beliau bahkan seorang Profesor Pengajian Palestin dan Timur Tengah menyatakan ustaz Maszlee ini lebih Palestin daripada rakyat Palestin sendiri. sila baca siri penulisan ustaz maszlee (artikel dan buku2)sebelum mengutuk yang bukan2 tantang beliau.
    Ingat lagi sejarah penubuhan Ikhwanul Muslimin? Sewaktu itu umat Islam hilang arah tuju lantaran kejatuhan khalifah terakhir (uthmaniyyah). Imam Hassan al-Banna mendapati para ulama’ al-Azhar tidak mengambil tindakan sewajarnya untuk mengislahkan umat Islam yang makin korup. Banyak ditekankan isu fekah tak habis-habis. Justeru tertubuh IM untuk kembali membawa sinar dakwah terutama kepada golongan pemuda. Jangan nafikan peringatan Rasullullah tentang ulama’ akhir zaman yang sikapnya mengampu dan memandang dunia. mereka ini lebih busuk daripada bangkai. Jadi, fikir-fikirlah…

  7. tahniah kepada umat islam sekalian….
    marilah kita berbalah sesama sendiri lagik…yay!
    stdnt mesir kutuk stdnt malaysia…
    stdnt malaysia kutuk stdnt mesir….
    bergaduh sesama sendiri…

    yay!
    anda semualah ‘pejuang islam’ yang ‘ditunggu-tunggu’ utk “membebaskan” al-quds..

  8. bunuh jer si penyangak mangkuk MUBARAK tu….org mcmtu patut diajar…klu ada mangkuk tu kat sini nak gak aku bg penumbok aku kat dia ……….hidup Palestin..hidup Islam….dr wakil Pahang Superbike.

  9. allah…….allah………..allah…a…..allah…
    patutlah nabi kata umat akhir zaman macam buih..
    allah…..allah…allah…

    buat pemilik laman, tahniah dan teruskanlah jihad kita, tapi bercermatlah dalam menitipkan kalam.

    buat pengunjung lain, cukuplah mengata siapa tak buat kerja, sapa tak turun jihad.. tapi renungkanlah apa sumbangan dan tujuan kita?? buatlah sesuatu sebelum ibu,ayah, dan adik beradik kita sendiri yg dibaham anjing2 israel..

    buat student2 malaysia, bercakaplah dengan melihat realiti dan berdasarkan ilmu..

    buat student2 mesir, janganlah mudah melatah dengan apa jua kata orang terhadapmu.. ku tahu ranjau dunia arab penuh duri..”syeikh said hawa pernah mengatakan fakta bahwasanya 99% orang arab adalah mata-mata kerajaan…”
    teruskan belajar dan baliklah berdakwah untuk mengubah kerajaan thoghut diMALAYSIA ini juga..
    ingatlah pesan Ayahanda Hassan al-Banna, teruskanlah jihad ini bila kamu balik kenegara asalmu,,,bergabunglah dengan jemaah Islam dinegaramu, janganlah kamu membawa dan memulakan gerakan baru kerana ia bakal melambat dan memperlahankan proses kemenangan ISlam.

    ALLAH…..ALLAH…ALLAH….

    Berkata-kata dan menulis memang mudah teman-teman saudara2 seakidahku sekelian, tapi ingatlah melaksanakan kalam itulah nilai sebenar kita…

    ingatkah kita betapa ketatnya Solahuddin al-Ayubi memilih pejuang2 untuk membebaskan palestin??
    Betapa disiplinnya Sultan Muhammad al-Fateh dalam membentuk tentera terbaik dalam membebaskan Konstantinopel?

    Lengkapkanlah diri kita dengan ciri2 pejuang terdahulu. Pasti dan pasti pertolongan ALLAH akan hadir…

    usah dipersoal kenapa Ulama berdiam diri..
    soallah dirimu kenapa enggan mahu menjadi Ulama Ummah??
    Usah disoal peranan umat terdekat palestin..
    bukankah Bumi ALLAH ini sempit dan sementara cuma.??
    usah disoal kenapa pertolongan ALLAH tak kunjung tiba..
    Soallah dirimu apakah Qiamullail itu kelaziman hidupmu??
    usah dimarah kalam manusia tersilap..
    soal lah dirimu apakah sudah bersuara menentang Israel sekurang-kurangnya??

    …….
    …….
    …….
    …….
    ALLAHUAKBAR!!!!!!!!

  10. hidup mubarak bayk di selubungi wang dari israel ko tgk ar bdn die skang mcm bdn khinzir dah sbb mkn duit haram yg d bg oleh israel ngan us. duduk dlm istana besar sdngkan rakyat die berjuta tidak berbumbung, hidup dalam tanah perkuburan. inikah yang digelar pemimpin, tidakkkkkkk. mubarak ibarat mustapha kamal ataturk yg kedua yg mementingkan dri demi perut yg penuh berisi

  11. Allahuakbar..ummah,janganlah berbalah sedangkan yang di sana merayu nyawa. semua kembalilah kepada islam.yg di msia,india,jepun,australia,mesir terutamanya,kembalilah kepada islam…tragedi ini adalah teguran dari allah.palestin menerima natijah dari kelalaian kita semua.ummah,kembalilah kepada islam.bila diserukan jihad,keluarlah.allah akan meneguhkan kita jika kita MAHU menolongNya

  12. Assalamua’laikum.
    penuhkan dulu masjid2 waktu solat subuh berjemaah,
    bagi yahudi gerun pada umat Islam.

    ~FaTeHaKyEL

  13. jgnlah disalahkan ulama..jgnlah disalahkan pelajar malaysia di mesir..teruskan belajar,kerana itu juga satu jihad di jalan Allah swt

  14. salam..
    husni mubarak 2 mmg patut dibom aje.
    x layak brgelar pemimpin.pemimpin mcm nila tnda2 akhir zaman.
    mcm nak bakar je poster mubarak 2 bila nmpak kat zagazig ni.
    sama je taraf dgn yahudi laknat 2.
    wlupn dia x ikut mngebom nun kat gaza 2,tpi sbb da x bka pintu sempadan gaza-mesir d refah 2,dia mmg da dkira sbgi pmbunuh!
    jgnla slahkn kitrg yg blaja kat mesir ni.
    truly,mmg kita apath g pmpuan xda daya nak bt pa2,tpi
    yg kita usaha ialah smbayang hajat n doa 2k saudara2 kat palestin 2..
    Allah s.w.t ada perancanganNya sndiri,
    InsyaAllah yahudi laknat akan dbalas dgn lebih dasyat dgn apa yg dorg da bt kat palestinian.amin

  15. salam sy sangat sokong pnytaan pinkrose tu
    jgn lupa memboikot product2 israel dan yg mnyumbg kpd israel LAKNATULLAH
    ALLAHUAKBAR!!!

  16. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH,

    Saudara2ku muslim dikasihi, ketahuilah bahawa bumi palestin TIDAK AKAN AMAN sampai kiamat sehinggalah datang ketetapan dari ALLAH S.W.T..

    Ingatlah janji Allah dan RASULULLAH S.A.W!! kita di ambang peperangan yg besar menentang yahudi- PERANG DUNIA KETIGA

    Bumi palestin akan menjadi tempat terbukti benar janji ALLAH- muslimin, batu, pokok dan sekalian makhluk ALLAH, akan memerangi YAHUDI!

    Bersama2 tingkatkan amal dan kita seru masyarakat kepada islam, mudah2an Allah mengizinkan kita mati syahid di jalan-NYA samada mati semasa berdakwah atau semasa memerangi musuh-musuh ALLAH, mudah2an ALLAH REDHOI kita.,

    Rasai betapa terdesaknya kita untuk bersedia bertemu janji-janji ALLAH..mudahan ALLAH izinkan kita semua mati atas jalan-NYA, amin..

    ALLAH GHO-YAATUNAA,
    AR-RASUULU QUDWAATUNAA,
    AL-QURAN DUSTUURUNAA,
    JIHAD SABIILUNA,
    WAS-SYAHIID AS-MA AMALIINA

    AL QUDSU LANA,
    AKHUUKUM FILLAH.

  17. Dear editor,

    In general many Malaysian, with the non-Muslims included, think that the Arab leaders worth NOTHING to the Muslims communities. We are tired, fed-up and bored to death listening to their stupid and foolish decision to continue with the ‘peace talks’ which mostly were hosted by the Israeli’s supporters. How long has it going on?

    Almost all the current Arab leaders themselves are the sympathizer to the Israeli and they are the hindrance to the Ummah progress and development. With the only exception to President Mahmoud Ahmadinejad, the Arabs can’t find additional leaders among them that equals to Malaysia former Prime Minister Dr Mahathir Mohamed, President Hugo Chavez and President Evo Morales. These four leaders mentioned, got Guts!

  18. astaghfirullah…yg cakap pakai ilmu ada,yg cakap pakai perasaan ada,yg saling ‘cabar-mncabar’ pn ada…penyudahnya xde apa,mcm tu?mnyedihkan…seems pathetic 2 me…Lord,4give us all…Rabbana, ighfirlana zunubana wa israfana fi amrina,wa thabbit aqdamana, wansurna ‘alal qaumil kafirin..amin

  19. Assalamualaikum
    hebat btul perbincangan ni.
    Tak tau nak kate apa.
    Berjalan ,Melihat dan Mentafsir
    Guna mata lihat,guna telinga dengar,tanya hati baiki peribadi..
    Selamat Berjuang Saudara Seagamaku
    Semoga Allah merahmati kalian.

  20. salam..

    Buat sedara seislam..ana dah bc article yg diadaptasikan ini..geram menyampah betul bila baca bab Israil LaknatuLLah ni..mmg ana bersetuju dgn kalam sang penulis,mmg wajib ke atas kita menentang apa yg salah..tp yg ana tak sedap nk bacanyer bila ada ayat-ayat yang seolah2 menyalahkan ulama’di Al-Azhar ni,ibarat satu tohmahan yg dilemparkan kpd golongan ulama pulak..jgn salahkan ulama??,sebenarnyer telah byk usaha yg dilakukan oleh ulama’.klu tak tahu,lain kali jgn pakai tulis jer!!husni mubarak itu pemimpin mesir klu dia dok keras kepala tak mahu dgr nasihat2 ulama’dan mufti mesir ni,kita tak boleh nk kata apa..begitu jgk Ulama’..so,lepas ni.if U geram sekalipun kt Mubarak pengecut tu pliz U jgn babitkan Ulama okey..

Comments are closed.