12 mayat Palestin ditemui pasukan perubatan di Gaza.

Isnin ,12/01/2009 – Pasukan perubatan telah menemui 12 anggota badan penduduk Palestin akibat serangan yang telah dilakukan oleh angkatan tentera Israel di barat daya bandar Gaza pada hari Sabtu lalu manakala empat sekeluarga yang lain telah terbunuh semasa kereta kebal rejim Zionis merobohkan rumah mereka di utara bandar itu.

Dr Muawiya Hasanein, Pengarah Ambulans dan Kecemasan Kementerian Kesihatan berkata pasukan itu berjaya sampai ke sana setelah berbincang dengan askar-askar rejim Zionis , sambil menyatakan pasukan itu juga membawa bersama beberapa penduduk Palestin yang tercedera dan mengalami pendarahan yang banyak.

Beliau menyatakan pasukan ambulans itu telah bekerja di tengah suasana yang kritikal kerana unit khas rejim Zionis itu masih berada di tempat kejadian dan sedang mengacukan senjata mereka ke ambulans tersebut.


sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  Abu Awatif

9 thoughts on “12 mayat Palestin ditemui pasukan perubatan di Gaza.

  1. sayu hati melihat anak kecil mnjadi mangsa..
    Ya Allah..
    apakah ini dugaan yg Kau berikan kpd umat islam manusia?
    kerana leka kearah Mu?
    ampunkan dosa sekalian umat islam manusia Ya Allah..
    sesungguhnya.. kami hamba yg kerdil..
    bantulah pejuang hamas dlm memperjuangkan islam Ya Allah..
    hanya padaMu kami memohon.. lindungilah mereka dari kekejaman rejim zionis laknatullah…
    Allahu Akbar..
    Allahu Akbar..
    Allahu Akbar..
    amin…

  2. “Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
    Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
    Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
    Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
    Wallahu’alam.

  3. ya ALLAH hambamu lemah ya ALLAH…SELAMTKANLAH UMAT ISLAM DPALESTIN YA ALLAH..HAMBAMU INI HANYA MAMPU MENAIP UTK RUANGAN INI DAN BERDOA KPD MU YA ALLAH..ENGKAULAH YG MAHA BERKUASA DIATS SESUATU..HANCURKANLAH YA ALLAH MUSUH2 ISLAM …

  4. YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAU AMPUNILAH DOSA2 KAMI MUSLIMIN & MUSLIMAT SEKELIAN SAMADA HIDUP MAUPUN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA. YA ALLAH TERKADANG KAMI LALAI DAN MENDERHAKA KEPADAMU YA ALLAH NAMUN KERANA SIFAT PENGASIHMU MASIH TIDAK PUTUS2 REZEKI YANG KAU BERIKAN KEPADA KAMI YA ALLAH.

    YA ALLAH SELAMATKAN LAH UMAT ISLAM YANG SEDANG DIZALIMI BEGITU DAHSYAT SEKALI OLEH YAHUDI LAKNATULLAH DI GAZA. HANCURKANLAH YAHUDI LAKNATULLAH DAN SEKUTU2NYA……AMIN….

    KHAIBAR! KHAIBAR! YAYAHUD

  5. ya Allah….
    hanya kepada Mu kami meminta pertolongan…
    sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik tempat memohon pertolongan..
    berilah kekuatan kepada hamba-hamba Mu di sana..
    dalam mengharungi rancangan2 musuh MU..
    hancurkanlah segala srategi2 Yahudi laknatullah dan sesamanya..
    berilah mereka sendiri tertindas dengan rancangan mereka..
    tunjukkan lah kepada kami keajaiban yang Engkau aturkan..
    amin…
    Allahuakbar!!allahuakbar!!allahuakbar!!

  6. Ya Allah , tiada lah lagi ungkapan yang mampu aku ungkapkan buat deritanya saudara ini dibumi Anbiya , Ya Allah restulah kesabaran mereka restulah pengurbanan mereka , lepasilah Ya Allah hijab hijab mereka disisi mu.
    Berilah Ya Allah burung burung yang berterbangan bersama berjuang pada jalan ini . Gugurnya mereka dari durjana ini bersama kuntuman mawar semekar wangi ,himpunlah mereka bersama para para syuhada yang dikasihi .

    Amin Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim .

  7. Anak-anak Palestin,
    Engkau adalah bunga-bunga di Syurga,
    Bakal menanti ayahbondamu,
    Syahid dan Syahidah di bumi mu sendiri,
    Terasa disiat-siat sakitnya hati ini,
    Melihat bagaimana engkau diperlakui,
    Oleh haiwan yang bertopengkan manusia,

    Tapi,
    Sakit hati ini tidak setanding,
    Dengan apa yang telah kau lalui,
    Tapi ku yakin,
    Kau lebih bahagia di alam sana,
    Bermain di taman taman syurga
    Bersama bidadari syurga.

    Ya Allah, berikanlah kesabaran yang tinggi kepada saudara-saudara kami di Gaza,kuatkan dan tambahkan keimanan mereka kepada MU, Lindungi lah mereka dari musuh-musuh Mu ya Allah, Hilangkan lah rasa takut mereka kepada musuh-musuh mereka, tolonglah mereka ya Allah dan angkatkan lah penderitaan ini dari mereka. Jika engkau mentakdirkan mereka mati, terimalah mereka sebagai syuhada ya Allah. Ampunkan dosa-dosa kami dan dosa-dosa mereka ya Allah. Engkau sebaik-baik penolong bagi kami ya Allah…Amin

  8. YA ALLAH Tuhan yang Maha mendengar,kami memohon pertolonganMu,tolonglah saudara-saudaraku yang telah di zalimi ya allah,berilah kekuatan kepada mereka untuk mempertahankan agama Mu ya Allah,sesungguhnya terlalu sedih aku melihat penderitaan ini…buat saudaraku disana….sabarlah dan kuatkan semangat perjuangan kalian…semoga kalian menjadi syahid dan syahidan di bumi mu sendiri,hanya doa mampu kami titipkan buat kalian saudaraku…

  9. Adik-adik di sana ketakutan, kesedihan, menangis..

    Sedang aku di sini, ketawa, kegembiraan, tiada ketakutan..

    Ya ALLAH semoga mereka ditempatkan di tingkatan yang mulia.. Aameen..

Comments are closed.