Khamis, 29/01/2009 – Briged al Qassam berjaya menghalau keluar beberapa kereta kebal milik Zionis-Israel. 3 mortar yang dilancarkan berjaya mengusir Zionis-Israel yang cuba menyelinap masuk ke Gaza melalui Maghazi.
Menurut wakil Briged al Qassam, pihaknya akan terus mengawal dan menyerang Zionis Israel dia atas kezaliman yang mereka lakukan. Ketika kejadian, pasukan tentera Zionis-Israel telah melepasi sejauh 500m ke kawasan Gaza. Kereta kebal Zionis-Israel turut menghancurkan sebahagian besar tanaman penduduk Palestin. Menurut saksi, ketika Zionis-Israel menyelinap masuk dan menghancurkan tanaman mereka, para pejuang terus melancarkan serangan balas dan terus memaksa tentera Zionis-Israel keluar dari kawasan itu.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif
2 replies on “Al Qassam lepaskan 3 mortar memaksa Zionis undur.”
Allahu akbar!!
Apa kena r israel nie…tak habis2…dah kalah tu buat r macam dah kalah…kan dah kena tembak ngan HAMAS…