Categories
Berita Semasa

Israel memusnahkan bangunan, tanaman dan manusia di Gaza.

Khamis, 29/01/2009 – Delegasi ahli parlimen Switzerland amat terkejut dengan tahap kemusnahan di Gaza dan membuat kesimpulan Israel telah membunuh segala-galanya di Gaza. Tambahan mereka menggesa kerajaan Switzerland yang menjadi penaja konvensyen Geneva untuk memberi bantuan segera dan mendakwa penjenayah perang Israel.

Mereka juga bertegas agar kerajaan Switzerland menghentikan kerjasama ketenteraan dengan Israel melihat kepada tahap kemusnahan yang menunjukkan Israel telah mengebom di sana sini tidak mengenal manusia atau bangunan.

Ini bukan peperangan di antara tentera Israel terhadap pejuang Hamas tetapi terhadap orang awam Palestin yang tidak boleh diterima sama sekali dan pihak komuniti antarabangsa wajib menghukum Israel di atas kekejaman mereka, kata Joseph Zisyadis salah seorang ahli delegasi.

Mereka akhirnya memberi sokongan penuh kepada perjuangan rakyat Palestin dalam membebaskan negara mereka daripada cengkaman Israel dan menggesa agar sekatan ekonomi dikenakan terhadap Gaza dimansuhkan dengan serta merta.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  anonymous

6 replies on “Israel memusnahkan bangunan, tanaman dan manusia di Gaza.”

Moga lebih ramai manusia akan kembali kepada fitrah.tapi kita umat islam,cukuplah kita merasa lega dengan simpati orang luar.dah sampai masa kita membela umat kita sendiri

betul kata aishah.
kite patut brase malu krn tpksa menghrpkn org lain bg mngatasi masalah umat kite sndiri…
bilekah umat islam nk berdiri datas kaki sndiri?
kite je yg bleh jwb…

salam..
yg kaler merah2 tu drh ke?
mashaAllah..
penduduk palestin ni umat Islam yg tabah n kuat…
tp kita??sgt cntakan dunia sedangkan sedara sndiri sengsara..
Astaghfirullah

Ya Allah lindungi umat islam di palestin….kuatkanlah mereka.
marila bersAMA kt mendoakan mereka…betapa kejam nyer israil sehingga sangup wat knk2 menderita…

salam..daripada berita diatas, walau apa pun komen dari pihak luar, israel tetap akan terus membunuh jika ‘KITA’ sendiri yg membantu.. KITA ialah Negara2 arab, dan diri kita sendiri..brapa ramai dikalangan warga malaysia yg hisap rokok2 yahudi??? kita sumbangkan rm10 pada tabung kebajikan Palestin, tp dlm sebulan, berapa kali kita sumbangkan jika nak dibandingkan dgn sumbangan sekelian ramai warga malaysia yg membeli rokok setiap minit???? negara2 arab sendiri gagal dlm usaha ini, baru2 ni McD mengumumkan berjaya mmbuka 1000 cawangan baru diTimur Tengah di tgh2 perang gaza belum pulih..apa warga arab dah buat??? perang gaza meletus,sempadan rafah ditutup rapat tp bekalan makanan disampaikan(oleh syarikat mesir) kepada tentera israel..Apa dah jadi dgn bangsa arab?? mana islam mereka??? Fatah enggan membawa israel (perang gaza) ke tribunal jenayah perang, padahal yg issuekan dari negara bukan islam sendiri yg mengesyorkan idea ini..apa dah jadi dgn FATAH??? kesimpulannya..segelintir jiran palestin(negara2 arab) dan FATAH berdiri sebaris dgn Israel dlm perang terhadap gaza!!! inilah antara punca berlanjutannya darah warga gaza ke bumi hingga hari ini…Mesir antara negara arab pertama yg terlibat langsung dgn perang gaza..menangkap lebih 1000 orang muslim yg berarak bg menyatakan penentangan perang di gaza.apa dah jadi dgn mesir? mesir hampir menyamai arab jahiliah..INI LAH PENTINGNYA KUASA POLITIK DAN PENTINGNYA PEMIMPIN YG BENAR2 BERIMAN..
Semoga boikot diteruskan dan sumbangan pada HAMAS dihulurkan tanpa putus..wslm

Comments are closed.