HAMAS tolak program pembangunan semula Gaza dipolitikkan.

Isnin, 02/03/2009 – HAMAS menolak proses mempolitikkan isu pembangunan semula Semenanjung Gaza juga usaha untuk menghubungkannya dengan pengguguran beberapa hak rakyat Palestin yang utama. Kenyataan ini dikeluarkan pada malam sebelum berlangsungnya sidang antarabangsa mengenai pembangunan semula Gaza di Sharm al-Syeikh, Mesir.

Pergerakan itu menegaskan dalam beberapa kenyataan akhbar yang dikeluarkan melalui jurucakap kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza, Tahir al-Nunu pada hari ini, Ahad (3/1) bahawa HAMAS mengalu-alukan sebarang bentuk inisiatif bagi membangunkan semula segala kemusnahan yang dilakukan oleh penjajah Zionis dalam perang terbaru yang dilancarkan terhadap Gaza baru-baru ini, dengan syarat ia tidak dikaitkan dengan pengguguran mana-mana hak rakyat Palestin.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyentuh bahawa kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa negara pembiaya, khususnya kenyataan Setiausaha Luar Amerika, Hillary Clinton sebelum sidang di Sharm al-Syeikh yang akan diadakan esok, Isnin (2/3) adalah tidak menggalakkan. Al-Nunu berkata, “kenyataan-kenyataan terbaru pentadbiran Amerika merupakan percubaan untuk menggagalkan dialog perdamaian nasional Palestin.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir