
Isnin, 02/03/2009 – Tentera Israel telah menahan seorang pemimpin Fatah dari tebing barat bandar Tulkarem
pada awal Ahad lalu, menurut sumber media Palestin.
Sumber menambah bahawa satu kontinjen tentera Israel telah memecah masuk ke kawasan Qafin, di mana Ala To’mah, 24 menginap. Sumber tersebut menerangkan askar Israel itu mengambil To’mah dan dibawa ke satu destinasi yang tidak diketahui sejurus selepas beliau ditangkap di rumahnya.
Tentera Israel telah menahan penduduk Palestin dari Tebing Barat setiap hari semenjak pemberontakan rakyat Palestin, atau Intifada Kedua pada September 2000. Kini, Israel telah menahan lebih 11,500 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak, yang dikurung di dalam penjara.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Nurul