Hamdan: Abu Mazin memandulkan dialog nasional Palestin sebelum ia bermula.

Selasa,  28/04/2009 – Usamah Hamdan, wakil HAMAS di Lubnan berpendapat Mahmoud Abbas, Presiden Palestin yang sudah tamat tempoh pemerintahannya telah memandulkan dialog nasional Palestin dalam ucapannya hari ini. Beliau juga menambah isi-isi ucapan Abbas saling bercanggahan. Beliau seterusnya menegaskan bahawa perjuangan yang dilakukan HAMAS adalah hak yang diperakui dan dijamin oleh undang-undang, manakala perancangan Abu Mazin yang mahu menghentikan perjuangan tersebut tidak lahir daripada kelestarian nasional Palestin.

Beliau berkata dalam satu kenyataan kepada Stesen TV al-Jazeera pada hari Isnin (27/4): “Saya yakin bahawa Abu Mazin dalam ucapannya telah memandulkan dialog Palestin sebelum ia bermula, kerana nampaknya beliau kebingungan dengan kejayaan berterusan yang kami capai.” Seterusnya beliau menyatakan bahawa idea Abu Mazin itu tidak layak untuk diberikan perhatian dan pertimbangan.

Berkenaan syarat Abu Mazin dalam ucapannya itu agar kerajaan Palestin akan datang mengiktiraf syarat-syarat kuartet dan memberikan komitmen kepada persetujuan-persetujuan yang telah ditandatangani Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Hamdan berkata: “Sebagai sebuah gerakan, kami mempunyai pendirian yang jelas terhadap syarat-syarat tersebut.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

One Comment

Comments are closed.