Haneyya: HAMAS tetap bersama plan damai sebenar dan adil.

Khamis , 29/10/2009 – Perdana Menteri kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza, Ismail Haneyya menegaskan HAMAS tidak menentang perdamaian, bahkan mendokongnya tetapi dengan syarat ia adalah perdamaian sebenar dan adil yang mengembalikan semula hak-hak rakyat Palestin dan menamatkan penjajahan terhadap bumi Palestin.

Beliau seterusnya menambah ketika menyambut kedatangan rombongan perubatan Amerika di pejabat Perdana Menteri di barat Gaza pada hari Rabu (28/10) bahawa mereka tidak merasa keberatan untuk melakukan dialog dengan pentadbiran Amerika yang diketuai oleh Barack Obama bahkan mengalu-alukan bahasa baru yang digunakan oleh Obama kini. Namun apa yang mereka mahukan ialah tindakan, bukan percakapan sahaja, agar rakyat Palestin dapat melihat sokongan yang sebenar terhadap segala tuntutan mereka terutamanya tuntutan mereka untuk melihat negara mereka yang merdeka yang beribunegarakan bandar al-Quds.

Beliau juga menjelaskan bahawa kerajaannya telah dipilih oleh rakyat Palestin dan tidak berhadapan sebarang masalah dengan rakyat Amerika, kerana ia adalah bangsa yang mampu mewujudkan kestabilan di seluruh rantau di dunia ini, termasuklah Semenanjung Gaza, jika mereka berpegang teguh dengan pendirian yang mereka lahirkan, dengan syarat mereka tidak berpada dengan pendirian tersebut atau paling kurang pun mereka tidak menarik balik pendirian tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

1 thought on “Haneyya: HAMAS tetap bersama plan damai sebenar dan adil.

  1. marilah kita rapatkan saf wahai2 pjuang ALlah mnuju tanah penuh luka ini..
    krn dari sinilah datangnya semua luka2 ke seluruh dunia Islam kita kini..

    InsyaALlah..

Comments are closed.