Categories
Berita Semasa

Haneyya : Hamas menyokong perdamaian yang adil.

Jumaat , 30/10/2009 – Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin di Gaza, telah menggariskan bahawa Hamas tidak menolak sesi perdamaiantetapi lebih menyokong perdamaian berasaskan keadilan yang mampu memulihkan hak-hak rakyat Palestin dan menamatkan pencerobohan ke atas tanah air mereka.

Haneyya, semasa menerima kunjungan delegasi perubatan Amerika Barat Rabu lalu,mengatakan bahawa parti Gerakan beliau tidak ada bantahan terhadap dialog dengan pentadbiran Presiden Barack Obama.  Beliau mengatakan bahawa Hamas menyambut baik kata-kata Obama tetapi ingin melihatnya terwujud dengan perbuatan dan bukan hanya dengan kata-kata.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul