Categories
Berita Semasa

Delegasi perubatan AS di Gaza terkejut dengan kemusnahan yang disebabkan oleh Israel.

Jumaat , 30/10/2009 – Sebuah delegasi perubatan Amerika menyatakan rasa terkejut mereka pada kemusnahan dahsyat yang dilakukan oleh Zionis-Israel dalam perang baru-baru ini di Semenanjung Gaza serta kesan kepungan kepada mereka. Delegasi diketuai Annie Hall, seorang pendeta di Gereja Lutheran, dan Sherry Echols, Pengarah Eksekutif Kedoktoran untuk Pertubuhan Keselamatan Sosial, dan sejumlah aktivis keamanan.

Pusat Hak Asasi Manusia Palestin yang menerima kunjungan delegasi tersebut mengatakan bahwa, pasukan perubatan ini adalah sebahagian daripada rombonga yang terdiri daripada sejumlah doktor yang akan melawat Gaza dalam konteks misi sukarelawan kemanusiaan.

Pusat Hak Asasi itu juga menambah bahawa delegasi tersebut akan dibawa melawat kawasan-kawasan berbeza di Gaza yang musnah disebabkan pencerobohan tentera Israel dan melawat sejumlah keluarga yang kehilangan orang tersayang selama perang tersebut dan mendengar daripada mereka penjelasan secara terperinci tentang kekejaman dan kezaliman rejim Zionis ke atas mereka .

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : mujaheed929