Categories
Berita Semasa

Hamas : Kenapa tiada tekanan antarabangsa terhadap Israel ?

Jumaat , 30/10/2009 – Selasa lalu, Gerakan Hamas menyatakan bahawa tiada sebarang tekanan dilakukan daripada negara Arab, Muslim mahupun pihak antarabangsa ke atas pendudukan Israel dan rundingan yang sedang berlangsung dilakukan untuk menekankan bahayanya ancaman Zionis ke atas Baitulmuqaddis dan rakyat Palestin yang terus berlanjutan.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum di petik sebagai berkata di dalam sidang akhbar kepada Al-Bayan media center, bahawa tindakan penjajahan Israel itu mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi oleh pihak Amerika dan dilindungi oleh perundingan rahsia antara Pihak berkuasa Palestin (PA) dan para pegawai Israel dan negara Arab hanya berdiam diri. Barhoum menambah bahawa apa yang berlaku terhadap kota suci Baitulmuqaddis dan Aqsa adalah lambang keganasan dan pembersihan etnik yang dilakukan oleh Israel dalam usaha untuk mengusir rakyat Palestin, memusnahkan tempat tinggal mereka dan menodai tempat-tempat suci Islam.

Beliau menambah bahawa pemusnahan harta benda dan pembunuhan di perkarangan Masjid Aqsa (oleh pihak Israel) adalah permulaan kepada pertempuran sebenar dengan penduduk Israel. Sementara itu, Mohamed Akef, selaku ketua kumpulan persaudaraan Muslim di Mesir, menuduh rejim Mesir dan Negara Arab serta rejim muslim yang lainnya telah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa yang berlaku terhadap Baitulmuqaddis dan Masjid Aqsa.

Akef menganggap sikap berdiam diri rejim-rejim ini dianggap sebagai tanda sokongan terhadap pendudukan Israel dan dasar-dasar penjajah di wilayah ini. Beliau juga mengatakan bahawa amalan negara rasuah, kezaliman dan ‘keterbelakangan’ yang menimpa sejumlah rezim Arab dan Islam adalah penyebab utama kejadian baru-baru ini serta serangan berterusan Zionis di Masjid Aqsa, dan beliau berpendapat bahawa pemberontakan rakyat adalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan Masjid ini.

Hal ini telah dibangkitkan sewaktu sidang akhbar yang diadakan pada hari Selasa oleh ahli parlimen daripada kumpulan persaudaraan Muslim di Kaherah.  Sementara itu, Azmi Bishara, salah seorang pemikir dan penganalisis Palestin berkata di dalam kuliahnya pada hari Isnin lalu di universiti Damsyik bahawa pendudukan Israel di Baitulmuqaddis Palestin telah menjadi isu utama Arab, yang menunjukkan bahawa tindakan mempertahankan masjid Aqsa dan tempat suci lainnya di Baitulmuqaddis merupakan penyebab kepada ‘pembebasan kebangsaan yang unggul’.

Bishara juga menekankan bahawa semua penyelesaian yang dicadangkan untuk menyelesaikan konflik Arab-Israel di Israel adalah tidak boleh digunapakai dan berat sebelah kerana mereka langsung tidak menyentuh tentang pengunduran pasukan Israel di sempadan yang dicerobohi pada tahun 1967.  Dalam satu perkembangan serius yang lain, sekumpulan penyokong Zionist yang menggelarkan diri mereka sebagai pertubuhan hak asasi manusia ‘(dugaan)’ di candi mount telah mengadakan pertemuan pada Isnin lalu di Baitulmuqaddis yang dihadiri oleh ‘rabi lama dan ahli sayap kanan Knesset’. Pertemuan tersebut menekankan perlunya untuk mereka merebut Masjid al-Aqsa.

Nahum Rabinovitch, rabbi daripada daerah Ma’ale Adumim, menyatakan dalam mesyuarat tersebut bahawa kemasukan ribuan Yahudi ke Masjid Aqsa, yang juga digelar candi mount, membuktikan kepada kerajaan Israel, polis, dan seluruh dunia bahawa orang Yahudi tidak akan mengalah untuk mendapatkan tempat suci tersbut sebagai hak mereka.

Dalam pada itu, Syria sangat mengutuk pencabulan Israel terhadap Masjid Aqsa, juga serangan terkini oleh tentera Israel untuk mengiringi kemasukan kumpulan-kumpulan Yahudi ke masjid pada Ahad lalu. Seorang pegawai lama Syiria di kementerian luar negeri di Damsyik dipetik sebagai berkata bahawa pencabulan yang dilakukan oleh tentera Israel di Masjid al-Aqsa dan mengepung rakyat palestin yang bersembahyang di dalamnya adalah usaha berterusan untuk menguasai bandar Baitulmuqaddis dan menghancurkan Masjid tersebut.

Dalam konteks yang sama, ribuan rakyat Turki berkumpul pada hari Ahad lalu di luar Konsulat Israel di Istanbul sebagai membantah terhadap ‘panggilan’ yang dibuat oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi, ketua persekutuan antarabangsa sarjana Islam, dan Syekh Ra’ed Salah, ketua Gerakan Islam di tanah yang dijajah tahun 1948, masyarakat Muslim untuk melakukan pemberontakan terhadap Masjid Aqsa. Di Maghribi pula, mahasiswa melakukan inisiatif menentang pencerobohan normalisasi dan penyelarasan dengan kerjasama persatuan organisasi mahasiswa lainnya yang juga diadakan pada hari Ahad lalu sambil duduk di luar masjid Al-Shuhada di Rabat untuk memprotes pencerobohan Israel di Masjid Aqsa.

Mahasiswa Mesir dari Universiti Kaherah dan Iskandariah juga mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan besar-besaran pada hari Isnin lalu sebagai protes ke atas kuasa Israel untuk menyerbu Masjid Aqsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez