Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin dihukum penjara 20 tahun atas tuduhan menentang penjajahan.

Sabtu, 31/10/2009 – Mahkamah Israel menjatuhi hukuman 20 tahun penjara ke atas penduduk Palestin bernama Juma’h Azzam atas tuduhan beliau terlibat dalam tindakan ketenteraan menentang Israel dan juga penglibatan beliau dengan pegerakan Hamas dan Pejuang Al-Qassam.

Mahkamah tersebut mengenakan beberapa tuduhan ke atas Azzam termasuk melancarkan roket dari Gaza ke sasaran penempatan Sderot serta merancang untuk melakukan serangan ke atas Israel dan menculik tentera Israel.

Pasukan Penjajah Israel menculik Azzam bersama satu lagi orang awam pada 2006 ketika mereka sedang dalam perjalanan dari Gaza ke Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil