Categories
Berita Semasa

Tentera Israel musnahkan Khemah keluarga yang diusir di Timur Jerusalam.

Sabtu, 31/10/2009 – Sumber berita Palestin melaporkan sekumpulan polis dan pegawai awam meruntuhkan sebuah khemah yang didiami oleh keluarga Al-Gaoui dan merampas segala isinya di kejiranan Palestin Sheikh Jarrah Timur Jerusalam.

Keluarga tersebut mendiami di khemah tersebut sejak diusir keluar dari rumah mereka oleh tentera Israel dan memberi rumah mereka kepada pendatang haram Israel. Proses memusnahkan rumah tersebut dilakukan dengan kejamnya oleh pihak berkenaan semasa seorang ahli wanita sedia menyediakan sarapan sambil memegang anak mereka berusia 2 tahun walaupun kejadian itu ditentang sekumpulan kecil orang.

Semasa proses peruntuhan hampir selesai, seramai 80 orang aktivis, wartawan dan rakyat Palestin hadir bersama pekerja UN serta ahli parlimen Eropah tiba dan memberi sokongan kepada keluarga al-Gaoui.

Pendatang Israel sebelum ini yang merampas rumah keluarga Al-Gaoui sebelum ini telah menyerang kejiranan Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak dan disaksikan oleh polis dan askar Israel namun tiada tindakan diambil sehinggalah rakyat Palestin bertindak mempertahankan diri.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous