Suara Peduli Palestin

(Terkini) Hamas lancar kempen ziarah rumah ke rumah.

leave a comment

Khamis,19/11/2009 – Hamas melancarkan kempen ziarah rumah ke rumah pada hari Selasa dengan member manisan sebagai tanda kasih dan penghargaan di atas pendirian teguh dan pengorbanan yang dilakukan oleh rakyat walaupun sedang disekat dan diserang oleh pihak Zionis.

Kempen ini merupakan yang terbesar pernah diadakan dan bertujuan membawa kegembiraan di dalam hati rakyat Gaza di masa kesusahan ini. Pegawai Tinggi Hamas Osama al-Muzaini memberitahu agensi berita Safa bahawa kempen ini telah dirancang sejak 2 tahun lalu dan telah pun dilaksanakan di beberapa tempat di bahagian utara dan Khan Younis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

Written by admin

November 19th, 2009 at 1:23 am

Posted in Berita Semasa