
Khamis,19/11/2009 – Dr. Ahmad Bahar, timbalan speaker bagi Dewan Perundangan Palestin (PLC) menyatakan Selasa lalu bahawa PLC ialah satu badan yang sah berdasarkan undang-undang asas Palestin yang dirombak, sambil bertegas bahawa PLC sekarang akan terus menjalankan tugas sehingga PLC baru dipilih dan ahli-ahlinya mengangkat sumpah, berdasarkan Undang-undang asas Palestin.
Bahar, yang berucap dalam sidang akhbar di Bandar Gaza memberi komentar terhadap usaha PA di Ramallah untuk mengalihkan kuasa PLC kepada Majlis Pusat PLO selepas 24 January, katanya: “Sekiranya usaha untuk melucutkan hak pemerintahan PLC kini sambil [pada masa yang sama] menambah tempoh Presiden Mahmoud Abbas tanpa adanya asas perundangan atau perlembagaan maka tindakan bodoh ini pasti akan gagal”.
Bahar menegaskan bahawa PLC tidak perlu disokong oleh mana2 pihak, terutama sekali pihak yang telah lama hilang kesahihannya, merujuk kepada majlis PLO seperti Majlis Nasional Palesin dan Majlis Pusat PLO.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil