Suara Peduli Palestin

Ruqub : Hamas tidak akan serahkan walaupun secebis tanah Palestin.

one comment

Rabu , 09/12/2009 – Jurucakap Hamas di Khan Younis, Hamad al-Ruqub menegaskan pada hari Isnin lalu bahawa pergerakan itu tidak akan serahkan walaupun secebis tanah milik Palestin dan akan terus memperjuangkan kemerdekaan Palestin.

Ruqub berkata dalam satu majlis sambutan ulang tahun ke-22 Penubuhan Pergerakan Hamas bahawa pergerakan itu akan terus mendepani Jihad demi mempertahankan maruah bangsa Arab dan Negara-negara Islam.

Beliau menyeru bangsa Arab dan Negara-negara Islam agar melaksanakan tanggungjawab masing-masing dan mempertahankan rakyat Palestin sehingga tibanya hari kemenangan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Written by admin

December 9th, 2009 at 10:25 am

Posted in Berita Semasa