Categories
Berita Semasa

Gadis Palestin dipenjara sendirian lebih 100 hari.

Khamis , 10/12/2009 –Ibu bapa Wafa Al-Bes memaklumkan bahawa anak gadis mereka dikurung sendirian di Penjara Ramle milik Israel selama lebih daripada 100 hari berturut-turut.

Keluarga Wafa merayu organisasi kemanusiaan agar campur tangan dalam kes ini dan mengenakan tekanan ke atas pihak berkuasa penjara Israel agar menamatkan penahanan melulu ke atas anak gadis mereka. Keluarga tersebut turut mendakwa bahawa pihak pentadbiran penjara menafikan hak anak gadis mereka untuk menerima lawatan, berjumpa peguam apatah lagi berhubung dengan dunia luar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa