Suara Peduli Palestin

Israel lahirkan ‘hero’ perang Gaza.

one comment

Jumaat , 18/12/2009 – Israel memberi pengiktirafan kepada 8 orang tenteranya yang bertindak sebagai ‘hero’ dalam Operasi Penyingkiran yang mendapat kutukan meluas serta telah mengorbankan beratus-ratus rakyat Palestin pada awal tahun ini.

Panglima Yoav Galant menganugerahkan pingat kebesaran pada satu majlis yang diadakan semalam dan dihadiri pihak atasan tentera Kem Selatan, ketua-ketua majlis serta komuniti yang menetap di barat Negev.

Galant berkata bahawa tentera-tentera tersebut telah memenuhi matlamat peperangan yang berlangsung selama beberapa minggu it di Semenanjung Gaza. Beliau turut menyatakan bahawa mereka telah “berperang dengan sepenuh hati atas nama keadilan (untuk Israel) dan kesungguhan mereka patut dipuji”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Written by admin

December 18th, 2009 at 1:09 am

Posted in Berita Semasa