
Jumaat , 18/12/2009 – Ahli Parlimen Jamal Al-Khudari yang merupakan ketua jawatankuasa anti sekatan telah memperbaharui gesaan agar Israel segera membatalkan sekatan ke atas Gaza serta membenarkan barangan yang menuju ke Gaza dibenarkan masuk.
Khudar dalam satu kenyataan akhbar memberitahu kebanyakan barangan yang ditahan begitu lama sehingga bertahun menyebabkan kerosakan dan kerugian yang besar kepada peniaga dan pengguna yang membayar cukai ke atas barangan tersebut.
Walaupun Mahkamah Israel telah mengarahkan tentera Israel agar tidak menahan barangan tersebut dan membenarkannya masuk ke Gaza tetapi tentera Israel berniat jahat untuk menyekat kemajuan Gaza.
Beliau berkata para peniaga mengalami kerugian yang besar dan menggesa seluruh negara Arab, Islam dan negara barat yang prihatin dapat menemukan satu penyelesaian terhadap masalah ini.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous