Ratusan warga Gaza bantah pembinaan tembok besi berhampiran terminal Salahuddin.

Rabu, 23/12/2009 – Ratusan warga Palestin pada Rabu malam berdemontrasi yang dianjurkan oleh Gerakan Hamas dekat terminal Salahuddin di sempadan Mesir-Palestin membantah pembinaan tembok besi di sempadan Gaza. Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata dalam sidang akhbar yang diadakan, pembinaan tembok ini akan membawa kesan buruk terhadap Gaza dan seluruh Palestin akan meningkatkan lagi jumlah kematian rakyat Palestin. Beliau juga menyeru kepada negara-negara Arab untuk bangkit dari lena dan berganding bahu bertanggungjawab mereka untuk meruntuhkan kepungan terhadap Gaza.Beliau turut mendesak Parlimen Mesir, parti politik, dan tokoh nasional untuk menyelar pembinaan tembok ini dan berdiri bersama-sama rakyat Gaza.

Dalam sidang media berlainan , Gerakan Hamas pada hari Isnin menyatakan bahawa mereka akan menentang pembinaan tembok di sempadan Gazaini sekeras-kerasnya, dan member amaran bahawa tembok ini bakal menimbulkan bencana dahsyat di Gaza. Hamas mengkritik Mesir kerana membenarkan pembinaan tembok ini, dan mengingatkan bahawa agama, moral dan perikemanusiaan tidak akan membenarkan sebuah negara Arab untuk berkerjasama dengan Rejim Zionis dalam menyukarkan warga Arab Muslim lain dengan cara sebegini.

Hamas juga kesal kerana Mahmoud Abbas melahirkan persetujuannya untuk membina tembok ini, mengatakan bahawa Abbas bertanggungjawab dalam kepungan ini dan zalim terhadap rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : mujaheed929