Categories
Berita Semasa

(Panas) CIA menyalin data tahanan Palestin tanpa kebenaran.

Rabu, 23/12/2009 – Seorang pegawai pencegahan keselamatan di Ramallah mengatakan agen-agen CIA telah menyalin semua fail dalam komputernya yang mengandungi data mengenai tahanan dan pengakuan mereka.

Dalam satu kenyataan akhbar, pegawai tersebut memberitahu insiden di mana beliau melihat sendiri agen CIA menyalin data dengan tidak ada sesiapa mengawasinya.

Beliau menyatakan seorang pekerja dari jabatan komputer memberitahunya bahawa pegawai Amerika sentiasa menyalin fail tersebut yang juga mengandungi maklumat orang ramai dan boleh menjejaskan keselamatan mereka, sambil pekerja itu menambah, “Kami mendapat arahan untuk memberi mereka apa sahaja yang mereka mahu”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79