Yildirim: Lima bot dari Turki bagi melepasi sekatan ke atas Gaza tahun depan.

Rabu, 23/12/2009 – Bulent Yildirim, Presiden badan amal kemanusiaan IHH, menyatakan bahawa badan itu akan membeli lima buah bot dengan azam untuk menghantar barang-barang bantuan ke Semenanjung Gaza yang dikepung.

Dalam kenyataan untuk laman web alresala.net Isnin lalu, Yildirim berkata bot-bot itu akan dilancarkan dalam Mac atau April 2010 dan akan membawa muatan makanan, ubat-ubatan dan bahan binaan. Dia menambah setiap bot akan turut membawa seorang delegasi Turki.

Disoal tentang kemungkinan adanya sekatan Israel atau kegiatan lanun, dia berkata lautan terbuka kepada semua dan Israel tidak mempunyai hak untuk menyekat bot-bot itu berdasarkan undang-undang antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil