Categories
Berita Semasa

Guardian: Puak Abbas bekerjasama dengan CIA untuk menghancurkan HAMAS.

Rabu, 23/12/2009 – Akhbar London, Guardian mengetahui anggota keselamatan tajaan Mahmud Abbas melakukan kezaliman dan penyeksaan terhadap ahli-ahli HAMAS dan di bantu oleh perisik Amerika-CIA. Walaupun Presiden Barak Obama melarang segala bentuk kezaliman semasa proses soal siasat, namun masih terdapat bukti kezaliman dan penyeksaan yang dilakukan oleh CIA dan puak Abbas. Umum mengetahui hubungan erat antara puak Abbas dan CIA.

Pertubuhan hak asasi manusia mula meragukan sikap CIA yang dilihat “double standard” kerana terdapat banyak kejadian yang menyalahi undang-undang yang didiamkan oleh CIA. Sebahagian besar mereka yang ditangkap tanpa bicara mengalami seksaan di Tebing Barat. Majoriti mereka adalah ahli HAMAS yang memenangi pilihanraya tahun 2006. Puak Abbas(Fatah) menganggap HAMAS adalah pengganas. Pendirian puak Abbas adalah sama dengan UE dan Amerika.

Antara jenis seksaan yang dikenakan kepada para tahanan ialah para tahanan dipukul dalam keadaan tangan mereka di gari, diminta untuk berdiri dalm tempoh yang lama, di larang berehat dan tidur dan ada yang diletakkan ke dalam sel yang amat sempit. Terapat tahanan yang mati disebabkan siksaan yang amat dashat tanpa di berikan bantuan kesihatan. Menurut kumpulan Abbas, hampir 500 tahanan menduduki penjara mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu ‘Umair